Friday, December 5, 2008

Bukit Antarabangsa Landslide

Terkini 12.10pm, 6 Disember 2008,



Empat orang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang setakat ini, termasuk seorang ibu dan anaknya. Manakala lapan lapan orang lagi dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh jam 4 pagi tadi yang menyebabkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa dekat ibu negara, tertimbus.






Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang berada di tempat kejadian berkata 93 mangsa dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus 14 buah banglo di aman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa itu berjaya menyelamatkan diri, lapor Bernama. Sebelum itu, jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang berada di empat kejadian berkata terdapat empat mangsa korban dalam insiden kira-kira jam 4 pagi tadi. PBSM juga melaporkan kira-kira 15 orang pula dilaporkan cedera dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan, lapor Bernama.Banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah, demikian menurut jurucakap bomba dan penyelamat yang berada di tempat kejadian.Salah sebuah banglo terlibat ialah milik ketua setiausaha sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.




Kejadian tanah runtuh itu telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa. Pihak tentera, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Bomba dan Penyelamat dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini sedang giat menjalankan kerja menyelamat.


--------------------------------------------------------


I want to send my condolence upon semua warga Bukit Antarabangsa, di atas kejadian yang tak di ingini ini. Although i'm not in Malaysia rite now, Bukit Antarabangsa will always be part of me. My brother stayed in Riverdale Park, Bukit Antarabangsa with my schoolmate, Faisal. Fortunately, the apartment is still safe. However, there are few of my friend's house affected in this landslide. Zati's (my best friend) parents and siblings in Bukit Mewah stranded, as the main access road destroyed in the landslide, Azzaiddy (associate in my previous firm) and Lily - might be stranded as well. Few other friends in Bukit Antarabangsa such Yusry and others, mungkin dinasihatkan pindah buat sementara.


harap harap, ini kejadian terakhir di Bukit Antarabangsa. al fatihah untuk mangsa-mangsa.

3 comments:

payarumput21 said...

Salam hady..

Hmmm.. bila berdepan dengan bencana / musibah sebegini.. terasa kerdilnya diri kita.. betapa segala yang ada pada kita hanya pinjam2an semata2.. hatta.. nyawa kita sekalipun...

Teringat sekali dulu gempa bumi di pakistan.. sedihnya mengenangkan seorang teman yang tak dapat dihubungi berminggu2.. and alhamdullilah.. berita terakhir di dengar.. dia dan familynya selamat.

Mendoakan selamat semuanya.. dan semoga yang terlibat tabah dengan dugaan yang ESA...

AmirHaddatsa said...

hmm..no komen la..
hadi sendri tau cmne bleh jdi disaster ni kn..pape pn selamat hari raya kat mangsa2 tu!

Zakiah Ponrahono said...

tanah situ memang tak selamat diduduki.

Kajian akademik ni hanya berfungsi bila dah terjadi benda tu.

Semua orang baru berpaling.

Kalau tidak, duit..duit..duit...

Satu sebab aku rasa tak layak jadi Planner kat malaysia ni...

sebab planner dalam kerajaan tak banyak yang cerewet...

Jadi, developer, arkitek memang berleluasa nak buat cucuk-cucuk bumi kat tanah yang memang langsung takde batu bata dalamnya.

Sedangkan akar-akar tunjang menjalar pun rebah.. inikan pulak cerucuk besi yang langsung patah bila terhempap.

Keluar je dari situ. Bina tempat yang baru.

Allah pasakkan gunung dan bukit untuk bagi kestabilan bumi. Seimbang antara air dan daratan.

Tapi...

hmmm

Musibah menceritakan semuanya. Kelalaian.