Saturday, January 17, 2009

pengembaraan ke khasab, Oman


apa akan terjadi apabila anda menyertai percutian yang dirancang dalam masa beberapa jam sahaja?


inilah kisah tahun baru yang mencabar..


inilah kisah percutian yang bertukar menjadi pengembaraan..



inilah dia NDD Volume 3 : Destinasi Khasab, Oman.



malam tahun baru di dubai sedikit berbeza berbanding tahun tahun sebelumnya. kali ini tiada hilai tawa. tiada sambutan besar besaran. tiada persembahan bunga api. pemerintah dubai telah mengeluarkan arahan untuk membatalkan semua sambutan tahun baru bagi menghormati mangsa perang di Palestine.


pulang dari kerja. bersama teman teman makan malam di waqqas (restoran yang terkenal dengan hidangan kambing). berbual kosong. tahun ini, ternyata berbeza dengan sambutan malam tahun baru 2008, yang diraikan di puncak menara promet, helipad tingkat 33, jalan sultan ismail, hampir setahun yang lalu. inginkan kelainan, kami sepakat ingin bercuti ke Khasab, Oman. perancangan hanya dibuat dalam masa beberapa jam. kalau berminat, jumpa di sebelah Dubai Creek seawal 9 pagi. siapa cepat dia dapat.


keesokan hari, dibangunkan dek cuaca yang betul betul sejuk. kabus di mana mana. kemaskan barang. tanpa sarapan, terus berjalan kaki menuju ke dubai creek, ditemani senan. sesampainya di tepi sungai dubai, ternampak kelibat Najdi dan Zabidi. haaa....? rupa rupanya, daripada lebih 15 orang yang merancang untuk turut serta, hanya 4 orang yang survived! teman teman lain tertewas dengan pujukan bantal peluk dan belaian cuaca sejuk.





suasana pagi di kawasan apartment. jam menunjukkan pukul 9.00 pagi. dan kabusnya, membuatkan terasa macam di paris (haha, yela, belum sampai paris lagi, berangan saja dulu, ok?)



hanya empat orang? ok. jangan patah semangat. jangan patah semangat. so, perjalanan pun diteruskan. dari dubai creek tu, kami naik abra (bot penambang bak kata orang terengganu). 1 dirham saja. airnya bersih. jauh beza dari air sungai di Bangkok. yang macam teh tarik tu. oh, yang gambar di bawah ni, jejaka berbaju kuning tu muka tak puas hati je. pasal tido lewat jam 4 pagi, dan kena bangun awal. rambut pun dah jadi 'out-of-bed style'. hehehe...



hady dan senan di atas abra, melintasi Dubai Creek.



inilah dia Dubai Creek. Bersih kan. ada rupa macam sungai klang tak?




senan, zabidi dan hady


dari tebing sungai ni, kami teruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke Deira Bus Station. Kami menempuhi Naif Road, dan teruskan berjalan sehingga 45 minit. kebiasaan nya, untuk percutian NDD, kami akan menyewa bas dan driver, tetapi disebabkan perancangan tidak sampai 24jam, dan peserta hanya 4 orang, kami merancang untuk menaiki 'bas lompat lompat'.


Dubai - Ras al Khaimah - Oman border - Khasab.


perjalanan asal seharusnya cuma mengambil masa 3 jam. disebabkan 'bas lompat lompat' itu, perjalanan masa terbabas jauh. dari dubai ke stesen bas di pinggir pekan selama hampir 2 jam. dari situ, menaiki teksi sapu ke Ras al Khaimah. dari sana, naik teksi ke border Oman. ya, dan sepatutnya mengikut persetujuan asal, pemandu teksi sepatutnya hantar kami ke Khasab. tetapi kami diturunkan hanya di sempadan (imigresen). katanya, di sebelah sempadan, banyak teksi yang menanti.


Oh ya, pemandu teksi tadi memang betul. TIADA SATU PUN TEKSI DI SEMPADAN OMAN.. dan jarak antara sempadan Oman dan bandar Khasab ialah 32 kilometer! ya.. kilometer, bukan 32 meter!



dan secara rasmi, bermula lah pengembaraan kami ke Khasab, Oman..




pemandangan menakjubkan tidak jauh dari sempadan Oman. bentuk muka buminya tidak jauh berbeda dari Pakistan. tapi kedudukan nya di puncak bukit dan di tepi pantai memang menakjubkan.


hady dan najdi. bayangkan bagaimana kami boleh sampai ke Khasab dari sempadan Oman, tanpa menaiki teksi atau bas?



hady dan najdi di hadapan kereta misteri yang bakal merungkai segala persoalan..


pemandangan indah matahari terbenam, di tepi gunung. dengan kabus dan hembusan angin. wow!



to be continued......


17 comments:

Jumper said...

The most memorable journey can be the one with an open ending, no planning required. A mysterious adventure, indeed!!! A great entry and a nice piece of writing too...

rantong said...

Wah, seronok dapat bercuti di luar negara. Tetapi pastinya, tanahair jugalah yang lebih baik bagi kita. Bak kata pepatah, hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri.
View Profile: Rantong

Ms.D said...

clear blue sky!! i like!

out of bed style? ahahahahaha really ker? cehhhhs...hahaha

.:dura:. said...

jeles2....
seronok nyer dpt jln2....
"apa akan terjadi apabila percutian bertukar kepada pengembaraan?"
sama jer sy rasa... bezanya pada word kot.. hehe..

mama vogue said...

very nice jurnal..
can't wait for the next entry..

pal7 said...

seronok dpt tgok tmpat org kan??..

hady said...

Jumper : thanks. i agreed with u. open ending journey has more stories to tell, more things to touch..

tapi rindulah nak bercuti dan tido di hotel..

Rantong : seronok. dapat meluaskan pandangan. tengok culture orang. rasa sesuatu yang baru. bercuti di Malaysia pun seronok!

Miss D : oh, itu lah 'out of bed style' saya (dengan tambahan perfume hugo, haircream Loreal, dan shampoo Dove).. :)

dura : jangan risau, dura muda lagi, ada banyak masa untuk travelling. "apa akan terjadi apabila percutian bertukar kepada pengembaraan". sama? banyak bezanya, kena baca part II, tentu terkejut..

mama vouge : thanks. akan sedaya upaya update Part II secepat yang boleh. :)

Pal7 : seronok. tak kesah lah ke mana tempatnya. Dubai atau Malaysia. Yang penting kita berjalan dan tengok tempat orang. so, PAL7, bila nak datang memancing di Dubai Creek?

aYuNi said...

satu journey yg hebat la bro.. tahniah buat kamo ber4..huh~

dammit said...

whoa msti best dapat travel. oh btw, ko student kaed eh dlu? n ko pakai nikon model ape?

JimeMalek said...

whoaa!
bes jalan jalan!
ngeeeeeee~ XD

payarumput21 said...

Salam Hady..

Wah.. jauh org tu berjalan jalan jalan and jalan yea.. heheheh..

And gambar cantik.... message sampai.. ;p

Syamsulfaiz said...

hady nice pics and I am sure you had fun.

I wondered if I can hang out with you and your gang some times and go places during weekend, holidays. I missed camping and excursion a lot man !

whats your numbers?

050-5708084

miezi said...

wahh..
best la dubai leh p jalan-jalan. aku dlu saudi dulu pe je yg ada. erkk

hady said...

ayuni : hebat? hmmm, tapi banyak dugaan nya... kalau ayuni baca part 2 nanti, sure tergelak besar!

dammit : syok jugak sekali sekala kuaq jalan jalan. nak duduk hotel 7star, takdak duit. camping sajalah.. Yup, aku budak KAED. Ko pun KAED? kamera tu Nikon D80.

jime : besh besh. tapi lepas ni dah takde cuti lah jime. xtau bila boleh berjalan jalan lagi..

paya rumput : eh, akhirnya kembali jugak ye dia... mana menghilang? pi bercuti dari dunia blog ya?

shamsulfaiz : salam shamsul. yup, sure, boleh saja join. tapi next trip belum tau bila. sebab dah takde cuti dalam masa terdekat ni. member2 teringin jugak nak ke Istanbul atau Iran. tapi xtau bila.. my number (0557160686)

miezi : hehe, duk saudi, jawapnya mengadap kingdom tower je la hari hari..

dammit said...

Oh D80. Aku bdk sciencess. U sama gak. tp er, tp jauh lg nk grad.

saya said...

menarik juga dubai tu ye....

pal7 said...

hehe hady..xde sape yang nak bawakkan la..kalo ade yang sudi..kompom nk ikot gak mancing kt dubai creek..hehe