Friday, February 13, 2009

sorry seems to be the hardest word


'it's sad, so sad

why cant we talk it over?

oh, it seems to me

that sorry seems to be the hardest word...'




june 1996 - 12 years ago


saya berumur 16 tahun pada ketika itu. 16 tahun pada tahun 1996 bukan seperti remaja 16 tahun zaman sekarang. dulu saya naif. mendengar kata. tidak pernah melawan orang yang lebih tua. iya. kamu boleh cakap saya skema atau budak baik. saya tidak kisah. asalkan saya tidak sakitkan hati siapa siapa.


kisah ini terjadi ketika semester break. cuti sekolah. hampir semua ahli keluarga ke rumah abang di kuala lumpur. kebetulan, ketika mereka di kuala lumpur, ayah di kampung jatuh sakit. darah tinggi. admitted to hospital. hospital besar di bandar. kakak pergi menemani ayah.


sudah dua atau tiga hari di hospital. kakak perlu pulang atau sekurang kurang nya mengambil sehelai dua baju gantian. di rumah, cuma ada tiga orang. ibu, saya dan adik perempuan yang baru berusia 14 tahun. tiada cara lain, saya dan adik perlu ke hospital di bandar untuk menemani ayah. iya, saya perlu tinggalkan ibu di kampung seorang, untuk melawat ayah di hospital.


ibu pada mulanya membenarkan kami ke bandar. beberapa jam sebelum berlepas, ibu berubah fikiran. tidak mahu membenarkan anak lelaki dan anak perempuan berusia 16 dan 14 tahun keluar sendiri. saya serba salah. dipujuk, tapi pendirian ibu tidak berubah. saya cemas. bingung. geram. saya tiada duit tambang untuk ke bandar. dan ibu tidak mahu memberikan sebarang duit, kerana tidak mahu saya dan adik ke bandar!


pertama kali dalam sejarah hidup saya, meninggikan suara. saya campakkan semua wang syiling dari tabung saya ke atas meja. syiling 20 sen saya kutip satu persatu. "adik! tak kiralah kena jalan kaki ke, atau merangkak sekalipun, kita kena pergi jugak!!!!" sengaja saya kuatkan suara di depan ibu.



"................"



dan saya dapat duit tambang dari ibu. saya tahu dia terluka.





january 2009 - after 12 years


saya mendapat tahu dari adik, ibu jatuh sakit. terkena serangan mild-stroke. dunia seakan terhenti. saya pulang ke kampung. menghabiskan 7 hari dari hari-hari busy saya di kampung bersama ibu. setelah beberapa hari, keadaan ibu semakin pulih. tetapi ingatan ibu makin pudar. nama panggilan kerap tertukar. abang nasihatkan, agar semua mohon maaf andai ada salah dan silap. sementara ibu masih ingat.


saya tidak terkecuali, minta maaf dari ibu



tetapi



kisah 12 tahun yang lepas, amat sukar untuk saya ungkapkan maaf.
betullah kata orang...



"Sorry seems to be the hardest word!"


25 comments:

Zakiah Ponrahono said...

Hady...

semua ibu pasti maafkan anak dia walau dia tak pernah ucapkan secara terbuka...

Hady...

kau ni jiwa suci betullah. sebab tu aku suka kawan dengan kau.

ekekekeke

cabincrew are here not to kiss ur ass said...

mintak maaf la..nanti dah jadi apa2,menyesal tak sudah..

apa lah sangat cakap,'hady mintak maaf mak..' dari tak cium bau syurga langsung..

tolak tepi lah ego tu.ikut rasa binasa.

Dia said...

ya sumtimes it was hard actually
but if it is our fault
and nobody can replace her after this
just say sorry to her
before the regret comes

Syamsulfaiz said...

hady, rindu aku kat ibuku di kampung bila baca posting kau ni.

Tapi bro, ibu mana yg tak pernah maafkan anaknya. I pray that your mother will get better.

Mohd Hazaruddin said...

salam,

saya pernah ada pengalaman yang hampir sama ...
from the day i realize that she's the one and only yang tak boleh di cari ganti ...
i try to not make her cry ... again!

take care!

Jumper said...

Good boy Hady,
I'm sure you're forgiven. Now leave that 12 years old episode behind. Move on and think what else can you do for your mother while she's with us? I'd say the prayers and doa anak yang saleh might do her well. As your blogger friend yang saleh nya tak seberapa, I pun akan doakan.

Your entry really make us feel how you feel.

Take care.

aYuNi said...

sedih lagi sayu bace entry neh bro..di sudut ati seorang ibu kemaafan telah dilahirkan kepada anak2 nya.. jadi, selagi ibu bapa ada.. hargai la mereka.. (:

mother of two said...

insyaallah.. semuanya akan baik.
jgn risau yer..

PnampoJepon said...

baik kau cium mak kau puas2! smpai die rimas..by dat time insyallah die akan senyum..owh..aku rindu mak..minggu ni anak mu pulang!

ab geldofg said...

sb dan akibat...allah maha bkuasa

Muhammad said...

me tahu paer u rasa

like me n my mom
kitaorang melalui hubungan yg sukar selama 20 tahun
sometimes me kecik hati dengan sikap my mom
walau me memberontak
walau kadang2 me stress dengan sikap dia

tapi me still sayangkan dia
dengan cara me sendiri....

last week me balik umah
me x-bercakap2 sangat dengan dia..
tapi sebelum pulang ke kota
semasa menyalam dia...
me still x-lupa sauk dompet..mengeluarkan belanja utk dia...

sebab me faham..kita cuma ada seorang mak. Tuhan pun x-mampu nak nafikan hal itu

:)

dammit said...

okey, itu 12 tahun lepas. memang tak boleh ubah. Semua orang mungkin pernah rasa pengalaman lebih kurang sama dlm hidup. Tapi ko bukan lagi budak tu. Jagalah dia. Semoga dia pulih sepenuhnya. amin.

hady said...

First of all, thanks a lot for all the support and prayers. appreciate that very much!

zakiah : harap dia maafkan dalam senyap. jiwa suci? oh, aku jauh sangat dari situ. term tu x kena dengan aku lah. tp aku senang berkawan dengan ko dan semua.

cabincrew : akan cuba nanti. tapi skang dah start call her everyweek. :)

Dia : thanks. will say sorry everytime i call her later.

shamsulfaiz : yup. the reason why i posted this entry is that for all of us realize that we need to be gentle to our mum, and dont forget her. so, bila nak balik kampung?

hazaruddin : i read ur story as well. hope ur mother will recover from the stroke. amin.

Jumper : thanks for the prayer. walau saya pun x berapa soleh jugak, i'll pray for her as well. oh, dan saya bukanlah good boy sangat..

kami sedang usahakan nak ambil maid to take care of her.

ayuni : memang sedih. so u have to take care of ur mum as well, okay.

mother of two : insyaalah, harap kembali recover. amin.

Pnampo Jepun : xdapat lah. cuti dah habis. next time balik maybe raya puasa nanti. anyway, selalu lah jenguk ur mum di kampung sana tu.

ab geldofg : iya Allah maha kuasa. harap saya balik september nanti, dia masih ingat saya..

muhammad : iya, kadang kadang, things like that happened. sometimes, its complicated. thanks for ur concern. hope u and ur mother can get along well. i know u will..

dammit : insyaallah.. semoga dia pulih. at first, apply dengan bos nak ambik 1 months unpaid leave, tapi xdapat. so, just habiskan cuti saja..

drNO said...

hopefully, she'll be on her feet again, soon.
as for u, i'm sure she had forgive u, and don't make sorry the hardest word to be said anymore.
a good son u are.

ary said...

but at least...it memorable and we wont never did it again right?

AmirHaddatsa said...

tak tau la pe yg sy nk kata lps baca nh..
hady kmu lbh matang dari sy..
zaman kmu ngn sya jauh beza..
ingat la syurga bawah tapak kaki mak..

yong said...

hope u take care...
pray for every one...
touch by ur story...

pal7 said...

hady..
entri kamu memang menyentuh hati..ape2 pon syurga di bawah telapak kaki ibu..mintak ampun la pada ibu sebelum terlambat..setiap ibu akan sentiasa memaafkan dosa2 anaknya..

*semoga ibu kamu cepat sembuh ya..

Hanna J. Potter said...

pada nani, memaafkan itu sepatutnya percuma, dan meminta maaf pun patutnya tak susah. i grow up taught to apologize sama ada nani buat salah secara sengaja atau tidak..jadi saying sorry is never hard for me. =)

it SEEMS to be the hardest word. seems saja. it ISN'T the hardest word. because we're all humans. and saying sorry is a part of being so.

i like your writings. will come again. *^^*

hady said...

dr No : the good news is, she's back on her feet. dan makin sihat lah. thanks for all of the prayer..

ary : yup. lesson learnt. sometimes we keep on forgetting..

amir : yup. things happened. harap kita semua dapat learn from it. anyway, my mum recovered now. cuma kadang kadang masih terlupa.

yong : u take care as well. this is just a typical story from a typical guy.

pal7 : thanks for the concerns. will pray for her always. pal, hang pi la balik kampung selalu okay.

hanna j potter : kamu sangat puitis dan sounds like a thinker. :) anyway thanks a lot for the support. u are welcomed to visit my blog, anytime.

aku laa said...

okla tue..ada gak MAK...jgn sia-siakan MAK..kang nyesal..aku xingat la cmner rasanyer ada MAK.. (kecik sgt masa kena tinggal dulu...)-alfatihah utk mak aku..

days of dee tresna said...

tapi bukankah memberi ma'af dan menerima ma'af itu sangat melegakan
seperti ribuan ton beban terbang melayang dari hati

alia amirah said...

hi, came across this blog randomly.
but this entry touched my heart somehow.
true, sometimes its hard to say sorry. but never to late rite? :)

Leya said...

hady,touching sgtla.!

nuyu yang itu-lah said...

As a mother, i never keep a grudge against my child. I always forgive them for everything. All the times. I love my kids so much and I dont like them to think that "I am hurt by their words" because I dont. To make you feel easy : She wasnt hurt. It was just a vague memory at the back of her mind. And she will remember you as a good son who loves his father very much.