Friday, May 29, 2009

announcement / pengumuman

transformation : all-new blog - tapi tuan punya blog masih sama!
(oh, dan ini gambar 4 bulan yang lepas, sekarang saya sudah kurus sedikit, hahaha)

........................................

dua, tiga hari dari saat ini, genaplah satu tahun saya berada di bumi dubai
dan sempena anniversary yang pertama ini, saya rasa sudah masanya
untuk saya membuat re-branding pada blog saya ni
biasalah, lagikan RTM pun buat re-branding setiap kali menteri tukar kan?

......................................

di awal pembikinan blog ni, saya mahu famili dan kawan kawan rapat saya di malaysia
update dan tau aktiviti saya di dubai - jadi tidaklah terputus hubungan
sebab saya bukan jenis jejaka macho yang selalu telefon setiap hari
sekurang kurangnya, mereka tahu saya masih hidup, :p
itulah sebabnya kebanyakan blog entry saya
berkisar kepada aktiviti aktiviti di sini
dan saya perlu akui, saya tiada blogger-mate pada ketika itu
masa berlalu - walau blog saya tidak popular, saya tidak kisah
tapi dapat mengenali rakan rakan bloggers
itu sudah cukup baik
ironinya, kini rakan rakan rapat saya sudah jarang mengunjungi blog saya
oh, bukan kerana mereka lupakan saya
tapi kerana wujudnya kegilaan-dunia-masa-kini : Encik Facebook
kami banyak berhubung menerusi Facebook

.........................................

lalu, saya rasa sudah sampai masanya saya membuat pembaharuan di dalam blog saya ini
saya sudah tambah beberapa ruangan baru dalam penceritaan saya
dan ruang blog saya selepas ini akan lebih broad
bukan sekadar aktiviti di dubai, malah merangkumi pelbagai kisah

.........................................

kisah seorang arkitek : akan menjadi medium untuk saya bercerita mengenai diari catatan seorang arkitek. detik manis dan juga perit.
.
dunia architecture : latest news, up and coming architecture, new wonders - hah, saya akan bongkarkan semua.
.
kisah dolu dolu : semua orang ada kisah kisah masa muda remaja, dan saya tahu ramai juga pelajar underage di luar sana, kita boleh kongsi cerita.
.
kisah personal : ahem, yang ini tengok keadaan dulu ya.
.
dunia vacation : kisah kisah percutian dan pengembaraan saya, ok, saya belum sampai ke paris, tapi, bercuti di malaysia pun di kira pengembaraan kan?
.
dunia humanity : kisah kisah dunia / tragedi / kemanusiaan
.
dunia muzik / dunia filem : review lagu dan filem kegemaran saya.
.
dunia photography : foto foto pilihan dari kaca mata hady rashid

....................................

dan azam baru ialah mahu update blog lebih kerap, walau agak sibuk dan busy di ofis. dan kepada semua pembaca, tidak kiralah anda follower saya, atau di-link dengan blog saya, atau anda adalah rakan rapat saya, atau anda pembaca senyap, atau mungkin sekadar anonymous, saya amat hargai pendapat, komen dan reaksi anda. Terima kasih. jangan malu malu.

...................................

Jom interaksi bersama saya!

22 comments:

arep said...

chaiyokkk.. teruskan blogging

iyllienaz said...

ok..will always wait ur new entry..update slalu ya??

hady said...

arep : ok, chaiyok chaiyok (seriuously saya xtau apa makna dia, tapi selalu saja dengar orang sebut, so belasah sajalah)

iyllie : insyaallah, kali ni mahu aktif sikit, kasi peluh keluar banyak sikit.. kasi execise banyak sikit.. hehe

.:dura:. said...

teruskan bercerita...
suke~~
hehe~~

hysMan.. said...

azam baru tu bro..
hahaa..
baguih la klu mcm tu..
truskan berbloging untuk mengisi masa terluang..
dunia skrg tanpa sempadan..
sahabat cyber pon boleh jd teman baek walupun di alam maya..
:)

~btw,kat JB ni takde la ape2 sangat la bro klu nak compare dgn KL..i think beter u stay KL..mybe teman dah duduk JB bertahun2 jadi tak la rasa sangat..
tp bukan ke anda sedang bekerja di Dubai?kenapa mahu bertukar angin ke Malaysia plak??

- m!ss_yaNa - said...

bagos!!!
teruskan membuat perubahan dan selalu2 update..
hehe :)

dammit said...

ok jangan malas malas update. haha

hady said...

dura : saya pun suka kamu. ah, ok salah dialog daa...

hysman : ahah, azam baru walaupun dah di pertengahan tahun, haha..

saya memang kerja di dubai, tapi kontrak akan tamat lepas satu atau dua tahun dari sekarang. sedang berkira kira samada mahu kerja di kl, jb atau mngkin bali..

yana : haha, terima kasih. terima kasih. uncle akan cuba sedaya upaya haha, terus tukar jadi uncle.

dammit : hahaha, penyakit malas update itu aku rasa terjangkit dari ko.. huhu..

phikool thong said...

update slalu! =]

mother of two said...

tahniah!!
yg penting masih maintain macho kan...kan..kan...

Jumper said...

Hady,
One year has gone now and I hope it's worth it. Congratulations for surviving Dubai and still being a good boy...

Glad that you try to make effortS to look at life in a better perspective with better determination which includes being a better blogger! Good luck.

Mohd Hazaruddin said...

yeyeh ...

selamat berazam baru!

pal7 said...

hady..
semoga berjaya la ok..

selamat berazam juga..hehe

hady said...

phikool thong : ahah, pembaca baru. thanks. blog kamu pun menarik. jatuh dari kerusi dalam dewan kuliah lagi menarik. haha..

mother of two : hahaha, itu la, kena aktif selalu macam kak sheila.. erk, macho ke? haha

jumper : thanks for the wish. good boy? are you sure? hahaha.. looking at life just from a single perspective gonna be boring, dont ya think so?

hazard : thanks. marilah kita sama sama mengimarahkan blog. hehe.

pal7 : eh pal, blog kamu plak apa cerita? senyap saja. bersara ke?

miss GAZA said...

best ape blog uncle dan nampaknya lagi bestla pasni!
keep it up ya!!
=)

Syamsulfaiz said...

Your new layout is very dark. Your image is mysterious but your story could be so revealing and touching. But I like the name you labelled me "rockin' lawyer" . Hell yeah !

eh bila senang mau keluar minum ni?

FRoS Salleh said...

fuiyo, re-engineered debut lu mmg dahsyat. Tunggu..

hady said...

miss gaza : haha, uncle cerita kisah benar sahaja.. dan kisah kisah uncle bukan lah menarik sangat pun..

shamsul : dark can be very interesting. mysterious can be very surprising. dan rockin' lawyer suits u the best! hehe..

hmmm.. bila la boleh join kamu minum ya? bila free saya contact ok?

fro salleh : re-engineered debut? wah, bahasa kamu sangat tinggi.. vocabulary yang sangat teknikal.. haha.. ur blog pun menarik.

u want coffee bean or starbuck?

kerol said...

sy mmg ska baca blog nie..harap2 slalu la update ek brother hady;)

p/s: bangga ngn anak malaysia yg mencari rzeki d negara org:)

pal7 said...

hady..
saya suda apdet la..
dtg jenguk ok..

ZOORA said...

oit!!!! aku selalu singgah dan baca dan tulis..
tapi ye la.. siapa la aku.. ko tidak pernah sedar kewujudan aku kat blog ngko ini

Iron Butterfly said...

hahaha kamu agak farney. first time here. saw you link when reading comments in Kak Min's blog. so sad kan she passed on.