Monday, June 1, 2009

kisah seorang arkitek : dipanggang bahang 49 darjah selsius


apa akan terjadi apabila kamu dijemur di bawah terik matahari selama 60 minit?

pandangan dari puncak bumbung bangunan setinggi 60m
........................................
jam menunjukkan tepat pukul 11 pagi. suasana di ofis seperti biasa - bergerak pantas. hampir semua pekerja kelihatan bergegas menunaikan tugas masing masing. kedengaran di kejauhan, suara herdik pekik senior architect yang bising mengherdik pekerja tapak binaan, menerusi walkie talkie nya. semuanya ingin cepat dan cepat. nampaknya, hady juga tidak terkecuali. dia harus memberi maklum balas dan membuat MEP coordination bersama encik A dari jabatan engineering seberapa segera yang mungkin. cuba sedaya upaya, untuk menyiapkan kerja kerja sebelum tengahari tiba.

............................

"hady, come with me! lets go to the site".

Lagaknya seperti hantu yang muncul secara tiba tiba, Mr. B memberikan arahan. mahu atau tidak, hady hanya mampu menurut. tugasnya sebelum ini, lebih banyak tertumpu kepada kerja kerja design dan kebanyakan dari masanya dihabiskan di dalam ofis yang sejuk dek penyaman udara. namun mimpi mimpi indah itu terhenti, sejak dua minggu yang lalu. bila namanya tersenarai di dalam kumpulan architecture - management team, atau dengan kata mudahnya, dia tersenarai untuk membuat coordination di site.

............................

helmet dicapai. kamera diambil. jaket keselamatan disarung. hady menelan liur. cuaca sekarang mencecah 49 darjah selsius. dan waktu sekarang hampir dua belas tengahari. dan, lebih mengharukan apabila Mr. B menjelaskan, kita akan ke puncak bumbung. iya, di ketinggian +60 meter dari aras tanah. di tengah tengah hari. dan ingin dimaklumkan, bumbung tersebut diperbuat dari aluminium. cuba bayangkan betapa panasnya. selama satu jam di atas puncak bumbung, tanpa sebarang teduhan. iya, sila lupakan cadangan untuk bawa payung berwarna pink. hady tidak sukakan warna pink. tidak macho, katanya.

...........................

orang kata, sekeping gambar boleh menjelaskan seribu ayat. apa kata kalau kita lihat saja, gambar nya sebelum dan selepas ke site. dan lihatlah sendiri, keperitan seorang arkitek...

...........................

encik hady ketika bahagia dengan kerja kerja design tanpa perlu turun padang ke site
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


gambar terkini encik hady

.................................

hebatkan penangan summer di dubai?

16 comments:

payarumput21 said...

Salam hady...

Wah!!!! gelap gelita.. huhu..

Tak pe la.. biar la orang lain tak kenal.. asal "ehem.. ehem.." still kenal..

;-p

mother of two said...

ekekekkeke...
makin mantap dan hensem aper...

pal7 said...

hady..
kamukh itu?..
aku x percaya..

kalau itu kamu yang gelap mengalahkan aku..aku buat kenduri 40 hari tahu..(aku tipu saja)..

haha

Dalili Izni @ Damia said...

hitam itu menawan hehe..nak wat camner ur job nature camtu..sabar ek.. :)

kerol said...

49 darjah celcius!!!berada di site kt malaysia nie time tgh hari pun ble pengsan..apatah lagi kalo suhu setinggi sn..hebat!bilakah pluangku akan muncul utk ke sana..

iyllienaz said...

hyperbola sungguh..haha

Syamsulfaiz said...

Lagi berkilat lagi menyerlah ! wahaha

hysMan.. said...

jadik orang minyak kaa??
jaga2 kaum hawa,hady mengganazzzz..
hahahhaaaa...

miss GAZA said...

49 dajah celcius mmg panas.
panas betul.
betul2 panass.
.
.
..
tapi takkan smpy jd org minyak kott!
poyo je..
:p

Jumper said...

Photo En Hady yg terkini lebih exotic and fotogenik. Jadi teruskanlah buat lebih banyak lagi site work sehingga penghujung September :-) Good luck in refining your male beauty...

hady said...

payarumput : gelap gelita? jangan macam tu, ini namanya hitam manis. walau hitam, tapi rasanya manis macam gula gula.. :p

mother of two : haha, mantap, hensem dan berkilat lip lap.. mana nak cari camtu?

pal7 : kenduri 40 hari? ok, nanti kita jumpa, konfirm kamu kena belanja 40 hari.. aku tunggu ok, makan free..

dalili : ah, akhirnya, ada juga yang cakap hitam itu menawan.. naik sikit keyakinan diri, haha..

kerol : sejam kat atas tu, darah rasa macam mengalir deras aja, dan sedikit pening (eh, ke gayat ah?).. hehe

iyllie : hahaha, hyperbola? ke hyperhitam?

syamsul : iya, lagi hitam dan menyerlah.. dan lebih geram bila balik dari site, member buat buat tanya, aik, x pakai krim ke?

hysman : oh, orang minyak yang ini tak ganas. tak brutal. cuma kual membebel. haha..

miss gaza : poyo? kenapa? gambar terkini tu tak cukup menggoda ke?

jumper : exotic dan fotogenik? iya, inilah dia model untuk arang kayu. ada sapa sapa nak order arang untuk masak?

dammit said...

Whoa, mula-mula macam hero cite hindustan, pastu jadi macam Samuel Eto'o pulak. haha. Tak dapat bayangkan ah panasnye situ. Len kali bawak je payung pink tu. haha

AmirHaddatsa said...

adeh dh jadi orang minyak hitam ke??
adeh merbhya ni..
kachak ---> negro

hady said...

dammit : hero hindustan? huhuhu, rasanya hero tamil kut, lagi tepat.. skang panas, kalau nak datang sini, datang disember atau january, huh, heaven!

amir : orang minyak gamat dah.. haha.. awat, kalau negro x kachak ke? haha

Jucci Jucci said...

dubai mmg panas

Costa Rica said...

beb... seperti yang dibincangkan dalam ym tempoh hari.... aku try mintak kat obesi, aku dpt kat vietnam n singapore laa... diorg call for interview nest month... akan ku pertimbangkan...aku apply kat dubai tak de response lagi ....


aku dapat mmber sorg dari dubai dari blog yang ko bagi tu,..,.siap die nak tolong kan aku kerja kat sna,... die offer aku JAC Telco kat sana,siap nk bagi penginapan tuuu... dok ngn die kot...


tapi die nak aku g sana urgent sangt...mane dapek....passpot aku pon tak renew lagi...aku kiv la dlu keje kat dubai tu...tapi aku tak sanggup la nak tinggalkan kekasih aku kat sini...