Sunday, June 7, 2009

paku dan tembok

akhir akhir ini, entah mengapa tahap kesabaran menjadi agak kurang stabil
mungkin kerana cuaca yang agak panas
atau kerana timbunan kerja kerja yang tiada hujung
atau kerana penat melihat gelagat rakan sekerja yang suka melepaskan geram ke atas orang lain apabila diri mereka disalahkan
sedikit sebanyak, macam sudah terpengaruh
perangai kool kini bertukar menjadi pemarah
peribadi hati lembut seakan sudah bertukar menjadi hati keras
....................
dalam dua tiga hari ini
macam teringat ingat pada satu kisah
kisah seorang yang pemarah
dan kisah apabila hati selalu dilukakan
.....................

........................
ada seorang pemuda yang sangat pemarah. dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun hanya satu masalah kecil sahaja. semakin hari, kelakuan dan sikap pemarahnya semakin buruk.
pada suatu hari, ayahnya telah menghadiahkan nya dengan seguni paku.
"untuk apa paku paku ni ayah?" tanya pemuda tersebut.
.
"setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan geram dan rasa marah kamu"
.
pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. hari hari seterusnya, berpuluh puluh batang paku dipakukan. tetapi, selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
.
hari demi hari, si pemuda mendapati adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
.
akhirnya tiba lah suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan bangga dan gembira. ayahnya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku paku itu, satu persatu, pada setiap hari yang dia lalui tanpa kemarahan.
.
hari berganti hari, dan akhirnya pemuda tersebut berjaya mencabut kesemua paku paku tersebut. pemuda tersebut cepat cepat memberitahu ayahnya, dengan bangga. ayahnya lantas berkata
.
"kau telah lakukan dengan baik. tetapi, kamu lihatlah kesan lubang lubang di tembok batu itu, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi, seperti sebelumnya. bila kamu menyatakan atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini"
.
"kau boleh menikam seseorang dengan pisau atau membunuhnya. tapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal."
......................
berapa kalikah agaknya kita telah melukakan hati orang lain?

17 comments:

iyllienaz said...

environment n org sekeliling kt mmg bley influence kt utk jd pemarah..

mother of two said...

pandainya mengarang cerita....:)

pal7 said...

hady..
dah2 la..
jgn marah2 lagi ok?..hehe

catz_mafia said...

Hady,
Motivasi paku ni memang famous.. Sabar2 k..
Anyway, tumpang lalu lalang sini jap.. hehe

ms.Stella McCartney said...

yup2..agreed, the scar stays, tapi it will definitely heal off when u sapu cream 3 times a day..sooner or later hilang la scar tuu... hehehe

same goes to the tembok....u can use filler and plaster and paint it again...those yang pandai kerja2 tukang nih, mesti boleh buat dengan kemas and the tembok looks new!

jangan marah2 yerrr..

heheheheh miss kamu

ms.Stella McCartney said...

ohhh!!!...

saya tersilap pulak, i was saying about physical scar saja...

i agreed with u...hati yg terluka memang susah nak heal off...

huhuhu.. :)

a good story to share...

kerol said...

menarik la kisah tue..tringat plak ksilapan2 yg prnh d buat sblm nie..mmg dh smbuh,tp parut ttp ade..huhu.
nway,sabar ye bro..kalo marah2,cepat2 ingat ngn kekasih hati..baru cpt sejuk..hehehe

Syamsulfaiz said...

I guess the hot weather made peoples impatient. I just saw for the first time my colleague shouted at his clerk yesterday. I have never seen him lost his cool like that. I hope I will remain cool in this trying season.

K.Idham said...

so, ko dah mula memaku ke belum?

hady said...

iyllie : rasanya, ada sedikit betullah.. kalau kita dikelilingi orang kool, kita pun sejuk aja hati..

mother of two : jangan la puji puji, malu! (walaupun itu kisah urban legend tu.. ramai yg tahu)

pal7 : pal, setiap hari - bangun tido, berazam tak mahu marah marah, by the end of the day, argue dengan architect, gaduh dengan engineer, bertekak dengan orang itu dan ini.. esok azam sama lagi..

catz mafia : yup, terima kasih. akan cuba untuk bersabar lebih sikit. tumpang lalu? duduk terus sini pun xpe.

miss stella : dinding itu, kalau kamu plaster ke, atau letak screeding, tetap ada kesan di dalamnya - dan lebih bahaya sebab tiada orang tahu, sedar sedar, terus runtuh macam stadium di terengganu, dont you think so?

kerol : yup, kisah untuk sama sama baca dan kool down sikit..

shamsul : actually, i kinda agreed with u. lebih lebih lagi kalau orang yg fulltime keje luar pejabat. memang respek kalau diorang keep cool. anyway, rasanya kamu sentiasa kool saja. no worry.

k idham : aku memaku? rasanya ada juga beberapa kali. dan selalu juga kena paku, kapak, parang.. agak agak banyak parut tak?

Lun said...

bnyk jgk org rmi berckp tmpa mnilai hati org d sekeliling

Jumper said...

It's a wise analogy.Managing anger takes a lot of effort & time especially if one is born with a short fuse. But it's a good start waking up every morning, thinking you want to be cool & collected all day long. So whenever your temperature goes higher and you're about to become a hulking Hady, think of the morning promise and look at the great unmarked wall that you want to conserve.

But once in a while, you'll meet a man behaving like a mad dog, here, don't hesitate to bark and be ready with the paku. That's the only way to protect you from the nasty bite.

kerol said...

tahniah, blog nie dapat award & kne tag skali:)
pliz refer to my blog:)

zafi said...

hmmmm
hidup memang selalu bermain dengan perasaan dan adakalanya kita sukar untuk mengawalnya... cerita ini menjadi pengjaran yg cukup bermakna...
live your life to the fullest!

a sinner said...

"berapa kalikah agaknya kita telah melukakan hati orang lain?"

yup.. you can't hear a heart breaking..

hady said...

Lun : iya, kadang kadang bila kita seronok bercakap, kita tak sedar sudah sakitkan hati orang

Jumper : yup, its a wise analogy. yet u always come up with a wiser advises. i will always prepare myself with paku, to protect myself from a nasty bite. anyway, hulking hady sounds kool. haha

kerol : oh, mekasih mekasih for the awards. dah lama saya mengidamkan award pelakon lelaki harapan ni... erk, salah ke?

zafi : thanks. tapi kadang kadang, kalau hidup tanpa perasaan, boring juga.. kalau ada drama sikit sikit, baru live life.

sinner : true. we cant hear a heart breaking, but we can always see that through their expression..

ironinya, everybody has heart and hate to be hurt, but we still do it to others..

aNNdiNN said...

i use dis story with my students. wE Would always remind each other to remember 'the wall'. So take care of each other's feelings. :)