Saturday, July 18, 2009

the adventure of crab hunting : aku bukan pilihan hatimu

prolog

.............
jika memang diriku

bukanlah menjadi pilihan hatimu

mungkin sudah takdirnya kau dan aku

takkan mungkin bersatu

.............

semuanya bermula dengan hanya cebisan idea

dua tiga orang berborak - pengalaman memburu ketam satu tahun yang lepas

mulut bercerita ke telinga, dan disampaikan kepada rakan lain

dari bual kosong, dua tiga orang terus mencadang

apa kata kalau tahun ni, kita pergi memburu lagi!

(iya, bunyi macam seronok - macam lah nak memburu harimau)

dari dua tiga orang, virus memburu terjangkit kepada 12, 13 orang

tanpa disedari, cerita memburu terus merebak

sehingga akhirnya mencecah 30 orang! dan here we go...

the adventure of crab hunting, di tanah arab!

.............

perjalanan dimulakan jam 9.30 malam - disertai 1 buah bas dan 2 buah kereta

misi utama ialah memburu ketam dan anak anak ketam sehingga pupus

(maklumlah, 30 orang - sure lepas ni yang tinggal cuma bayi bayi ketam sahaja)

lokasi tempat pemburuan ialah Umm al Quwain - lebih kurang 1 jam setengah dari Dubai

semua pemburu (hahaha, bunyi macam best kan?) berkumpul di The Palma Beach Resort

pusat kepada aktiviti memburu halal ini - dari sana pemburu pemburu menaiki bot ke pantai tempat hidupnya ketam ketam liar..

iya ketam ketam liar, sila berwaspada!

..............





kelihatan para pemburu yang rakus kan darah ketam (ok, ketam ada darah ke?)





sila maafkan pemburu ini, orang lain excited, dia tertido - tanda tanda seorang pemburu yang hebat!


...................

sesampainya ke lokasi

semua pemburu tidak melepaskan masa yang ada

kawasan ditanda - barang barang di campak ke tepi

dan semua pemburu memulakan aktiviti utama...

belum start memburu ya, aktiviti utama ialah MAKAN dulu, haha..

perut kena penuh, baru hati gembira kan?

...................


tak guna beribu ribu patah bercerita

kalau tak disaksikan sendiri

pemburu pemburu ganas tak berhati perut ini semua beraksi...


sekandar dan harris yang gigih menunjukkan muka bengis pada ketam




hady yang belum berputus asa walau haram seekor ketam tak mahu melintas lepas sejam setengah memburu - diorang ni pergi party ke hah?




ini adalah bukti bahawa tiada racism di tanah arab - ketam di sini sama aja rupanya macam ketam di pasar di kuala berang



hairul dan azhan antara yang pergi memburu ikan - memandangkan semua ketam menghilangkan diri pergi party



walau cuma empat, lima ekor ketam sahaja yang ada keberanian untuk muncul, life must go on. so pemburu pemburu teruskan hidup dengan bbq ayam, udang, ikan hasil buruan di pasar...




mereka mereka yang berlakon rajin di dapur.. hahaha..




semalaman bermalam di pantai memburu, misi gagal, tetapi dapat menghirup udara dingin pagi sudah cukup menyenangkan hati




razak, losh, eryanti khusyuk yang memerhati matahari terbit




lokasi tempat kejadian - bersebelahan dengan pelabuhan - patut la semua ketam merajuk hati!





salehuddin menunjukkan bukti kewujudan ketam


para pemburu yang menyertai sesi pemburuan



jaga kau ketam, tahun depan kami datang lagi dengan skill skill terkini...






sampai juga akhirnya dekat piramid, one of the world wonders.. eh, kejap, piramid sejak bila ada dekat dubai?





iya, tak payah buat tekaan, kami bukan boyband


gerun juga masa lawan dengan naga kepala tiga tu. harry potter takde, dia pi tolong albus dumbledore cari Voldermort, so kena la lawan naga ni sorang sorang...


akhirnya dapat jumpa the mermaid... happy ending at last

...............

jika memang diriku

bukanlah menjadi pilihan hatimu

mungkin sudah takdirnya kau dan aku

takkan mungkin bersatu

.............

dan lagu ini ditujukan kepada cik ketam

kita memang tak ditakdirkan bertemu... :p

10 comments:

ZARA 札拉 said...

Okay bro..
aku dah siapkan kuali bagai nih, sila pos ketam itu kepadaku..mau buat jamuan kenduri~

hehe~

mother of two said...

ketam tak muncul sbb bukan waktu bulan mengambang wakakkaka

aYuNi said...

hoho~ dah ada bukti penangkapan ketam nampaknye..
haha

kerol said...

patut la kurang gmbr ketam, xberjaya rupanya...hehehe

F A R Y N said...

ketam merajuk?
heh...hehehhe

Jumper said...

I'm so happy for all those ketams who survived the intended massacre. Long live ketams! I hope they live to continue the legacy of being the creatures uniquely known for their sideway walking.
Come on Malaysians, you can do better than killing creatures on their well-placed habitat....
Anyway, your entry somehow makes crab killing really cool in this scorching summer. I'm almost convinced...
Have a pleasant day.

payarumput21 said...

Hady...

Hahaha... dasyat demo buru ketang deh...

Ketam??? Hmmmm... mainan time akak zaman kecik2 dulu.. huhuhu...

Rindu arwah tok :-(

miss GAZA said...

assalamualaikum uncle..
lamanya saya tak mai sini..
uncle sihat x?


er uncle,
jgn lupa pos ketam2 fresh tu kat saya jgak.
saya nak 5kilo.
kebulor dah ni..
=P

hady said...

zara : kuali? ketam? ahahaha, ketam tu semua dapat berapa ekor la sangat... berat kuali dari ketam, huhu..

mother of two : yang pelik tu, bulan memang mengambang! taktau le kut ada kena mengena ngan gerhana bulan, haha..

ayuni : yess, bukti ada, tapi hasil tangkapan member la, saya GAGAL. hohoho..

kerol : haha, tepat sekali, tepat sekali... cari kat pasar lagi senang!

hady said...

faryn : perempuan merajuk boleh pujuk, ketam merajuk?? hapa citer kan?

Jumper : hey, it is cool to be a crab-killer! unfortunately, i was born not to be a crab-killer! ahahaha..

kak payarumput : iye ke? itu ketam betol ke ketam plastik tu? haha...

miss gaza : orait, mahu 5 kilo ya? nak kargo ke poslaju?? :p