Wednesday, September 9, 2009

"kalu berani, meh jumpa belakang asrama!!"

tahun 1993
.
.
tahun ini hady berusia 13 tahun. buat pertama kali nya dihantar ke sekolah berasrama yang agak berprestij di terengganu. manakan tidak, majoriti pelajar yang menjejakkan kaki ke sekolah ini rata rata nya berkelulusan 4A di dalam UPSR. boleh dikatakan antara sekolah terbaik di terengganu ketika itu. punya guru guru yang terlatih, fasiliti yang lengkap, dan asrama yang selesa - sekolah ini antara sekolah rebutan di zaman nya.
.
punya raut muka yang 'innocent' dan perangai yang agak peramah, hady cepat saja mendapat rakan rakan baru. ditambah pula, kakaknya yang tua setahun darinya merupakan gadis idaman di sekolah dan asrama, dia pantas menerima tempias kakaknya. berbanding rakan yang lain, dia menerima layanan baik dari pengawas dan gangster sekolah. (ok, sebenarnya pengawas dan gangster2 sekolah ni semuanya peminat kakak, so, kalau nak ambil hati kakak, kena lah ambik hati adik nya dulu.. ahahaha..)
.
dalam ramai ramai kawan, ada seorang rakan sebilik, mr S, yang tidak puas hati. asalnya sekadar bergurau, makin lama makin menjadi jadi. pelbagai gelaran buruk dilemparkan. dan benda benda tidak benar disebarkan kepada rakan rakan. mulanya hady setakat sabar, tapi bila keadaan makin teruk, dan dibakar dek batu batu api, akhirnya dia hilang sabar.
.
bermula dengan pergaduhan mulut, ianya semakin melarat. masing masing punya penyokong di belakang (ya, seronok saja penyokong penyokong ni jadi bahan bakar).
hinggalah akhirnya mr S meninggikan suara,
"kalau berani, meh jumpa belakang asrama!! gochoh!!"
(sila rujuk kamus bahasa terengganu : gochoh = bertumbuk)
hady yang hatinya sudah cukup panas tanpa fikir panjang terus menjawap
"ah, gochoh pung gochoh ah! lepas asar! belakang asrama!"
(tu dia... nak buat jahat sempat lagi cari timing lepas solat.. ahahaha..)
.
detik demi detik berlalu
masa yang dijanjikan semakin hampir
dan hati hady semakin kecut
mana taknya, dia bukan nya reti taek won do
waima, bertumbuk pun tak pernah
dan pihak lawan pulak adalah pesilat yang aktif di sekolah
dub.. dab.. dub.. dab..
.
solat asar sudah tidak khusyu'..
.
bacaan ma'thurat sudah berterabur dan kelam kabut
.
ketika taalim di bacakan, dada sudah berdegup kencang
.
"matilah aku kali ni...!"
.
dan masa yang ditunggu sudah sampai
.
TIBA TIBA........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"ini ada satu pengumuman.
kepada semua pelajar, harap tumpukan perhatian.
selepas asar semua pelajar diwajibkan menyertai GOTONG ROYONG. semua diwajibkan hadir!"
.
.
.
.
sungguh anti climax! si hady baru aja nak tunjuk skill bertumbuk!
(ok padahal kecut perut terus hilang! LEGA!!!)
.
cuba bayangkan kalau jadi sessi 'gochoh'
dah tentu muka jadi seperti di bawah..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.

sungguh tak macho!

10 comments:

kerol said...

Haha pndai la bro menulis..yg klimax tue plak mmg lawak..muahaha.

nway,bengkak kt gmbr tue sbnrnya psl apa?

iyllienaz said...

haha..naseb baek ade gotong royong..klo x, mesti dah lembik..

- m!ss_yaNa - said...

apakah nama sekolah itu..??
haha~~
eh,,mai la jenguk2 sekolah ni wahai seniorku..
teringin jugak nak jumpe org popular mcm kamu!! :D

mother of two said...

wakakaka... potong stim betul.. tapi takpe kalau jadi cam muka tu pun masih macho lagi..:)

payarumput21 said...

Hahahaha...

Gedebe mu... ;-p


p/s - muka bengkak looks exactly macam myself ~ when I am having my allergies..

k.idham said...

aku rasa citer ko tu nak cover hal sbena belaku pada mata ko, tul tak??

Dammit said...

hahaha gila anticlimax doh. Kalau ko gadoh gak, mungkin lebam dua2 belah kot? haha

hady said...

kerol : climax la tu! haha.. kalau gaduh bebetol, sure dah rongak gigi ni..

bengkak? kena tumbuk sebab mengorat bini orang.. lalalala..

iylli : nasib baik? ala, lepas gotong royong tu pun, lembik jugak, sebab penat potong rumput.. ahaha..

miss yana : ya, apakah nama sekolah bertuah itu? sekolah menengah rahsia.. hehe..

popular? bukan popular. polar bear kut..

mother of two : macho? ahem ahem.. anak kak sheila tu, dah berpunya ke belom? bolehlah match kan dengan saya.. ahaha.. alah, muda 22tahun je dari saya.. ahaha..

payarumput : hahaha, dok gedebe la tu.. gen kita sama kut, tu yang muka bengkak pun sama tu... :p

k. idham : alamak, camana ko tau eh? ko ni memang instinct kuat la.. ahahaha..

dammit : aku rasa kalau gaduh gak, sure tulang tulang dia dah patah, muka lebam, hidung berdarah..

bukan sebab aku tumbuk dia, tapi sebab aku lapor nanti kat ustaz.. haha..

jimlucky said...

ko skodeng sape sampai mate lebam jd lebam? kekeke....
btw, please email the soonest your scanned passport (to luckyluciano3@gmail.com) for visa procedures

pal7 said...

hady..
lama x singgah sini..
ape cerita suda?..