Sunday, October 18, 2009

pengembaraan pulang Dubai-KL-Kuala Berang

.
"i want to know what love is,
i want you to show me..."
.
.
" you want to have fish or chicken, sir?"
pertanyaan dari pramugari Singapore Airlines memecah keheningan malam
hady yang sedang terbayangkan kemeriahan berhari raya di kampung
sedikit terganggu, dan cepat cepat menjawab


"chicken please.."
.
penerbangan kali ini agak kurang selesa
mungkin kerana ini adalah kali pertama dia terbang pulang menaiki Singapore Airlines
kebiasaannya Etihad Airlines, tetapi kerana harga tiket yang melambung tinggi sempena hari raya, dia terpaksa akur
atau mungkin juga kerana skrin movie yang agak kecil - dan pilihan filem yang sangat membosankan
(ok, sebab sebenar ialah pramugari2 singapore airlines ramai yang tak lawa! haha)
hady akhirnya sekadar melelapkan mata
di fikirannya hanya satu, mahu lekas lekas menamatkan perjalanan pulang 8 jam ini
hanya transit seketika di kl, sebelum menyambung penerbangan domestik ke kuala terengganu
"ah, seronok nya sempat berbuka di kampung nanti...."
dan tidak terlintas langsung di fikirannya, apa yang bakal diharungi
.
ini lah kisah perjalanan pulang yang sepatutnya sangat mudah
tetapi bertukar menjadi begitu payah!
.
................
.
jam menunjukkan 7 pagi
udara singapura terasa segar
dapat mendengar pengumuman di dalam bahasa melayu di airport
cukup menceriakan rakan seperjalanan
hanya dua jam transit di changi airport, hady kembali meneruskan perjalanan ke kuala lumpur
iya, semuanya berjalan lancar
atau sekurang kurangnya 'nampak lancar'
.
tepat jam 9.30 pagi, dia dan rakan sampai ke klia dengan selamat
teruja!
tiba masa untuk melalui automatic gate immigration
passport dimasukkan ke dalam auto-machine
"ah, gagal.."
cuba, dan cuba lagi untuk 5 atau 6 kali
"ah! masih gagal!"
pegawai yang menjaga kaunter memberi isyarat untuk datang menemuinya
semua rakan sudah melepasi imigresen, dan hady masih tercegat menunggu
pegawai mula memeriksa passport
dan kemudiannya merujuk kepada ketuanya
ketua pegawai imigresen memeriksa di skrin komputernya selama beberapa minit
sebelum memberi isyarat dan bertanya
"awak tahu kan apa yang tak kena?"
dan hady sekadar mengangguk
dan bermula lah siri 'amazing race' sebelum raya
.
"Awak kena jelaskan BAYARAN PTPTN, nama awak sudah di BLACKLIST dan awak TAK BOLEH TERBANG KELUAR DARI MALAYSIA sebelum MEMBUAT FULL SETTLEMENT!"
.
dan hady hanya tersipu malu...
.
................
.
flashback : dua minggu sebelum pulang ke malaysia
.
muka hady pucat
dia baru sahaja membuat checking di imigresen online dan ternyata namanya telah disenaraihitamkan - tidak akan dapat keluar dari malaysia jika tidak melangsaikan hutang PTPTN secara penuh
setelah beberapa panggilan telefon dibuat ke Malaysia
dia mendapat tahu yang jumlah keseluruhan ialah RM19, 600
dan harus di bayar lump sum!
.
misi : menjelaskan bayaran PTPTN dalam masa 4 jam transit di KL
.
detour : KLIA - Tabung Haji (untuk keluarkan duit cash 20k) - KL Sentral (bayar di kaunter PTPTN) - LCCT (terbang balik ke terengganu pada jam 1.30ptg) - sampai ke terengganu boleh berbuka di rumah
.
dan siapa tahu, misi yang sebegitu mudah telah bertukar menjadi disaster!
.
.

................

.

to be continued

11 comments:

ZOORA said...

giler!!!! ko ada duit kat tabung haji rm 20????
hebat hebat hebat

mother of two said...

kalau pinjam ahlong bukit beruntung en.hady sudah tinggal kenangan wakakkakakaka

iyllienaz said...

ooh dah kena blacklist..dah ketat now ni kan..ptptn soh smua byr blk duit..klo x, mesti ramai yg wat xtau je..

Anonymous said...

Terkejut:
1)Kena bayar lum sum?
2)Knp ptptn suruh byr lum sum? x berhati perutnya..
3)20k kena keluar dlm 1 hari? Boleh pegi haji dah tu.
4) 19k je ke ko pinjam ptptn? Apsal bdk urp 28k, kena byr 36k?
5)Ko x penah bayar langsung ke?

whitelily zyzyx said...

erk. last week baru dapat leter yang sama ,kene bayar lum sum jugak. memag macam tu yer ?

hady rashid said...

zoora : itulah duit hantaran aku.. huahuahua... boleh tak lepas ni kasi hantaran resit bayaran PTPTN? ada orang nak terima tak?

mother of two : takmau lah pinjam along, nanti kena simbah cat merah.. rosak rambut nanti..

iyli : ...kalau tak, ramai buat tak tahu je kan..

hahaha, tepat sekali..

anon : mak aih, banyak nya soalan..
1. yup, dah tanya, nak buat ansuran 3 kali - dia kata tak boleh.
2. dah memang hutang, memang wajib bayaq pun sebenarnya...
3. erk.. xtau nak jawab pe..
4. aku pinjam actually 15k ke 16k saja. sebab masa second year dapat biasiswa JPA. so, amik setahun setengah je PTPTN.
5. tepat sekali. tak pernah bayar langsung ya tuan tuan dan puan puan..

white : kalau letter biasa, still boleh bayar sikit sikit, ikut kemampuan. tapi kalau dapat letter senaraihitam (cuba check imigresen online), memang tak boleh fly ke luar negara. kalau taknak bayar lagi pun takpe, tapi takleh fly la..

amirhaddatsa said...

bila sy baca..
pergh!! apsal kena bayar penuh macam tu skali?? ni dah lama bertunggak ke?
serius ni memang mnyusahkan dgn mnakutkan org lain..

ohoho syg 20k tu dh bleh buat haji

Syamsulfaiz said...

Huyyo bro. Dasat juga PTPTN sekarang ni ye. Macam polis Dubai je, boleh block passport.

Hutang PTPTN aku pun tak abis bayar juga ni. Tapi tinggal sikit je lagi. ..Serraammm.

hady said...

amir : ahahaha, saya jawab soalan tu dengan jujur - memang tak pernah bayar sejak GRAD! memang patut la imigresen blacklist! haha..

memang cukup nak buat haji, tapi sebelum pegi haji kan kena setelkan mana mana hutang dulu.. so, ptptn pun part of hutang jugak..

syamsul : memang dahsyat.... huhuhu..

belum abes bayar? alah, gaji kamu beratus ribu, sure pejam mata aja kamu boleh bayar kan?? :)

ZOORA said...

lain kali la.. kalau aku terkandas.. tak de duit.. aku tau nak pinjam ngan saper .. :D mesti ada baki lagi kan.. itu baru duit hantaran, duit deco, duit baju, duit photography, duit honeymoon.. ada lagi kan kan kan

admin said...

fuyyoo..dasat..terus setel hutang.. baguss jugak kan.. dah lepas satu beban.. huhuhu...