Saturday, January 31, 2009

storm in atlantis, dubai

last friday, after delayed again and again, for so many time, at last we managed to go for a photography-outing session. around 10 people (of our firm), went to Atlantis Dubai for photography session, which actually more like a 'sessi belajar cara menggunakan kamera dengan betul'. hehe.

our aim for that day was to learn theorically few tips and practically to shoot outdoor photographs. sunset. birds. sea. tapi nak buat macamana, ku sangka cerah hingga ke petang, rupanya ribut taufan di pertengahan jalan.


we arrived there around 5 pm. the sky still clear. but just in 15 minutes, everything changed. believe it or not, there was a storm, and it feels good, just like malaysia. because of the unexpected weather, we need to change to plan B, which focused more on indoor photography. learn how to snap moving objects and indoor lighting. (i know, i know, not all of you are into photography, so i will keep that to myself).


but there are few photos that i want to share with all of you, sorry, not much photos of the building, but there are photos of a short + black guy yang dipaksa menjadi subject untuk practice photo-shooting. its me lah. hehe. enjoy the photos!
atlantis at night. jangan tertipu oleh lampu lampu itu. personally, atlantis's architecture really dissapoint me. murahan. looks cheap. even building in putrajaya better than this. maybe the scale of the building make it looks extravagant.


in front of Nobu Fine Dining restaurant. nice interior.

just shave your moustache and you will look 180 degrees different!

adzurif, hady and siti - memberikan aksi poyo di depan aquarium

although the architecture of Atlantis doesn't really impress me, i will absolutely visit the place again during summer - nak pi water theme park! sapa nak ikut?? JOM!

Saturday, January 17, 2009

pengembaraan ke khasab, Oman


apa akan terjadi apabila anda menyertai percutian yang dirancang dalam masa beberapa jam sahaja?


inilah kisah tahun baru yang mencabar..


inilah kisah percutian yang bertukar menjadi pengembaraan..



inilah dia NDD Volume 3 : Destinasi Khasab, Oman.



malam tahun baru di dubai sedikit berbeza berbanding tahun tahun sebelumnya. kali ini tiada hilai tawa. tiada sambutan besar besaran. tiada persembahan bunga api. pemerintah dubai telah mengeluarkan arahan untuk membatalkan semua sambutan tahun baru bagi menghormati mangsa perang di Palestine.


pulang dari kerja. bersama teman teman makan malam di waqqas (restoran yang terkenal dengan hidangan kambing). berbual kosong. tahun ini, ternyata berbeza dengan sambutan malam tahun baru 2008, yang diraikan di puncak menara promet, helipad tingkat 33, jalan sultan ismail, hampir setahun yang lalu. inginkan kelainan, kami sepakat ingin bercuti ke Khasab, Oman. perancangan hanya dibuat dalam masa beberapa jam. kalau berminat, jumpa di sebelah Dubai Creek seawal 9 pagi. siapa cepat dia dapat.


keesokan hari, dibangunkan dek cuaca yang betul betul sejuk. kabus di mana mana. kemaskan barang. tanpa sarapan, terus berjalan kaki menuju ke dubai creek, ditemani senan. sesampainya di tepi sungai dubai, ternampak kelibat Najdi dan Zabidi. haaa....? rupa rupanya, daripada lebih 15 orang yang merancang untuk turut serta, hanya 4 orang yang survived! teman teman lain tertewas dengan pujukan bantal peluk dan belaian cuaca sejuk.





suasana pagi di kawasan apartment. jam menunjukkan pukul 9.00 pagi. dan kabusnya, membuatkan terasa macam di paris (haha, yela, belum sampai paris lagi, berangan saja dulu, ok?)



hanya empat orang? ok. jangan patah semangat. jangan patah semangat. so, perjalanan pun diteruskan. dari dubai creek tu, kami naik abra (bot penambang bak kata orang terengganu). 1 dirham saja. airnya bersih. jauh beza dari air sungai di Bangkok. yang macam teh tarik tu. oh, yang gambar di bawah ni, jejaka berbaju kuning tu muka tak puas hati je. pasal tido lewat jam 4 pagi, dan kena bangun awal. rambut pun dah jadi 'out-of-bed style'. hehehe...



hady dan senan di atas abra, melintasi Dubai Creek.



inilah dia Dubai Creek. Bersih kan. ada rupa macam sungai klang tak?




senan, zabidi dan hady


dari tebing sungai ni, kami teruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke Deira Bus Station. Kami menempuhi Naif Road, dan teruskan berjalan sehingga 45 minit. kebiasaan nya, untuk percutian NDD, kami akan menyewa bas dan driver, tetapi disebabkan perancangan tidak sampai 24jam, dan peserta hanya 4 orang, kami merancang untuk menaiki 'bas lompat lompat'.


Dubai - Ras al Khaimah - Oman border - Khasab.


perjalanan asal seharusnya cuma mengambil masa 3 jam. disebabkan 'bas lompat lompat' itu, perjalanan masa terbabas jauh. dari dubai ke stesen bas di pinggir pekan selama hampir 2 jam. dari situ, menaiki teksi sapu ke Ras al Khaimah. dari sana, naik teksi ke border Oman. ya, dan sepatutnya mengikut persetujuan asal, pemandu teksi sepatutnya hantar kami ke Khasab. tetapi kami diturunkan hanya di sempadan (imigresen). katanya, di sebelah sempadan, banyak teksi yang menanti.


Oh ya, pemandu teksi tadi memang betul. TIADA SATU PUN TEKSI DI SEMPADAN OMAN.. dan jarak antara sempadan Oman dan bandar Khasab ialah 32 kilometer! ya.. kilometer, bukan 32 meter!



dan secara rasmi, bermula lah pengembaraan kami ke Khasab, Oman..




pemandangan menakjubkan tidak jauh dari sempadan Oman. bentuk muka buminya tidak jauh berbeda dari Pakistan. tapi kedudukan nya di puncak bukit dan di tepi pantai memang menakjubkan.


hady dan najdi. bayangkan bagaimana kami boleh sampai ke Khasab dari sempadan Oman, tanpa menaiki teksi atau bas?



hady dan najdi di hadapan kereta misteri yang bakal merungkai segala persoalan..


pemandangan indah matahari terbenam, di tepi gunung. dengan kabus dan hembusan angin. wow!



to be continued......


Friday, January 9, 2009

a tribute to palestine

keganasan terjadi lagi
air mata mengalir lagi
darah tumpah lagi ke bumi
isteri hilang suami
anak hilang ibu
bapa hilang anak
harga diri juga hilang tak ketemu
yang tinggal.. sepi..
















Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
Namun ini hanya ada di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
Biarkan saja Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Perlu kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri












































jom boikot... as much as we can
coca cola
danone
estee lauder
johnson & johnson
Mark & Spencer
Revlon
Nestle
L'Oreal
McDonalds
Starbucks
Timberland
semoga keamanan kembali ke bumi palestine..