Friday, February 13, 2009

sorry seems to be the hardest word


'it's sad, so sad

why cant we talk it over?

oh, it seems to me

that sorry seems to be the hardest word...'




june 1996 - 12 years ago


saya berumur 16 tahun pada ketika itu. 16 tahun pada tahun 1996 bukan seperti remaja 16 tahun zaman sekarang. dulu saya naif. mendengar kata. tidak pernah melawan orang yang lebih tua. iya. kamu boleh cakap saya skema atau budak baik. saya tidak kisah. asalkan saya tidak sakitkan hati siapa siapa.


kisah ini terjadi ketika semester break. cuti sekolah. hampir semua ahli keluarga ke rumah abang di kuala lumpur. kebetulan, ketika mereka di kuala lumpur, ayah di kampung jatuh sakit. darah tinggi. admitted to hospital. hospital besar di bandar. kakak pergi menemani ayah.


sudah dua atau tiga hari di hospital. kakak perlu pulang atau sekurang kurang nya mengambil sehelai dua baju gantian. di rumah, cuma ada tiga orang. ibu, saya dan adik perempuan yang baru berusia 14 tahun. tiada cara lain, saya dan adik perlu ke hospital di bandar untuk menemani ayah. iya, saya perlu tinggalkan ibu di kampung seorang, untuk melawat ayah di hospital.


ibu pada mulanya membenarkan kami ke bandar. beberapa jam sebelum berlepas, ibu berubah fikiran. tidak mahu membenarkan anak lelaki dan anak perempuan berusia 16 dan 14 tahun keluar sendiri. saya serba salah. dipujuk, tapi pendirian ibu tidak berubah. saya cemas. bingung. geram. saya tiada duit tambang untuk ke bandar. dan ibu tidak mahu memberikan sebarang duit, kerana tidak mahu saya dan adik ke bandar!


pertama kali dalam sejarah hidup saya, meninggikan suara. saya campakkan semua wang syiling dari tabung saya ke atas meja. syiling 20 sen saya kutip satu persatu. "adik! tak kiralah kena jalan kaki ke, atau merangkak sekalipun, kita kena pergi jugak!!!!" sengaja saya kuatkan suara di depan ibu.



"................"



dan saya dapat duit tambang dari ibu. saya tahu dia terluka.





january 2009 - after 12 years


saya mendapat tahu dari adik, ibu jatuh sakit. terkena serangan mild-stroke. dunia seakan terhenti. saya pulang ke kampung. menghabiskan 7 hari dari hari-hari busy saya di kampung bersama ibu. setelah beberapa hari, keadaan ibu semakin pulih. tetapi ingatan ibu makin pudar. nama panggilan kerap tertukar. abang nasihatkan, agar semua mohon maaf andai ada salah dan silap. sementara ibu masih ingat.


saya tidak terkecuali, minta maaf dari ibu



tetapi



kisah 12 tahun yang lepas, amat sukar untuk saya ungkapkan maaf.
betullah kata orang...



"Sorry seems to be the hardest word!"