Saturday, June 20, 2009

top 10 dubai summer surprises (part 1)

"relax, take it easy
for there is nothing that we can do

relax, take it easy

blame it on me or blame it on you"




tired of being a polar bear that hibernate in summer (er, supposedly hibernate in winter) dan hanya berkurung di rumah - i decided to get out and enjoy the dubai summer. dan sempena one more year to live in dubai, i have listed down 10 top activities that i will try my best to enjoy. remember, relax and take it easy rite. so, here we go, 10 activities! 10 aims. mission to be accomplished during the next 12 months. siapa siapa berminat, jom join sama sama!



Burj al Arab Dinner


sudah berangan angan mahu dinner di sini sejak tahun pertama sampai dubai. tapi ada saja halangan. people said that the price for lunch or dinner here is damn expensive. and of course, it is 7 star hotel. dont expect the meal sama harga macam kedai mamak kan. and the most important is the breathtaking view - priceless. survey the dinner price, few days ago. well, depends on what you want, Tapas can go as low as Dirham 175 per person. Tea up to Dirham 295 per person. and dinner starting from Dirham 450 ke atas. alamak, sapa nak join kena bayar sendiri la ya.. tak dapat nak belanja.


the aerial view of Burj al Arab




salah satu option ialah barbeque di restaurant mengadap Burj al Arab



dalam Burj al Arab pun ada aquarium, tapi tak sebesar Atlantis





Fitness First Gymnasium

joined California Fitness few years ago. terbengkalai di tengah jalan. alasan : kerja banyak, busy. joined True Fitness 2 years ago. terbengkalai di tengah jalan. alasan : dapat offer kerja di luar, kena freeze the gymnasium account. 2 weeks ago joined Fitness First BurJuman. no more excuses. will maximize the gym to the fullest. the facilities + classes semua cukup lengkap. swimming pool. gym facilities. sauna. steam room. kickboxing- exercise class. yoga class. even dancing class - all available. kalau tak dapat six pack juga after 4 bulan, memang nak kena belasah!





Atlantis Water Theme Park

dulu di kl memang gilakan theme park. Sunway lagoon sudah pergi banyak kali sampai bosan. Genting Theme park pun dah selalu sangat. Pedas theme park pun dah pergi (ok, kecik sangat tempatnya, sampai aja macam, what the heck???). so this time around, no matter how busy - or takde orang nak ikut pun, Atlantis theme park mesti kena pergi. and my heart beat faster bila dapat invitation email dari Atlantis for a Cool Summer Nights at Aquaventure Waterpark - be cool this summer at the largest waterpark in the Middle East. only this 25th June 2009. 8pm till 12am. whats over there? 10 slides and rides. drinks garden.splasher family play area. food stations. night market. face painting. jugglers and fire eaters, dolphin exhibitions, fireworks, shisha and live music. hah? tempting tak?


Atlantis Aquaventure Waterpark aerial view



best kan, kalau cermin tu pecah, terus kena makan dek jerung




one of the slides, wah!!! kena pergi, kena pergi!!





to visit F1 island


adakah saya seorang F1 Fanatic? the answer is no. but the fabulous architecture of Yas Island made me thrilled to go and watch the F1 Race in Yas island, Abu Dhabi this coming september / october. what is being created on Yas Island is spectacular. cuba bayangkan, 2500 hectare island strategically located between the coast and the city of Abu Dhabi and Dubai, with a range of world-class hotel, theme park, golf courses, mega malls, apartments and villas and much more. not enough? the island also have the world's first Ferrari Theme Park, Ferrary World Abu Dhabi (which sekarang under construction). want more excitement? the warner bros theme park and Yas Water park will be there too! ok, i'll explain about Yas Island in another blog entry.




conceptual idea of Yas Island




the F1 track, kool kan bangunan dia


conceptual image of the Ferrari Theme Park




haa, ini baru list 4 aktiviti, dah tak cukup tangan. nantikan lagi enam aktiviti - pasti tak cukup duit pulak kali ni. hehehe..




to be continued







Sunday, June 7, 2009

paku dan tembok

akhir akhir ini, entah mengapa tahap kesabaran menjadi agak kurang stabil
mungkin kerana cuaca yang agak panas
atau kerana timbunan kerja kerja yang tiada hujung
atau kerana penat melihat gelagat rakan sekerja yang suka melepaskan geram ke atas orang lain apabila diri mereka disalahkan
sedikit sebanyak, macam sudah terpengaruh
perangai kool kini bertukar menjadi pemarah
peribadi hati lembut seakan sudah bertukar menjadi hati keras
....................
dalam dua tiga hari ini
macam teringat ingat pada satu kisah
kisah seorang yang pemarah
dan kisah apabila hati selalu dilukakan
.....................

........................
ada seorang pemuda yang sangat pemarah. dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun hanya satu masalah kecil sahaja. semakin hari, kelakuan dan sikap pemarahnya semakin buruk.
pada suatu hari, ayahnya telah menghadiahkan nya dengan seguni paku.
"untuk apa paku paku ni ayah?" tanya pemuda tersebut.
.
"setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan geram dan rasa marah kamu"
.
pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. hari hari seterusnya, berpuluh puluh batang paku dipakukan. tetapi, selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
.
hari demi hari, si pemuda mendapati adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
.
akhirnya tiba lah suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan bangga dan gembira. ayahnya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku paku itu, satu persatu, pada setiap hari yang dia lalui tanpa kemarahan.
.
hari berganti hari, dan akhirnya pemuda tersebut berjaya mencabut kesemua paku paku tersebut. pemuda tersebut cepat cepat memberitahu ayahnya, dengan bangga. ayahnya lantas berkata
.
"kau telah lakukan dengan baik. tetapi, kamu lihatlah kesan lubang lubang di tembok batu itu, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi, seperti sebelumnya. bila kamu menyatakan atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini"
.
"kau boleh menikam seseorang dengan pisau atau membunuhnya. tapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal."
......................
berapa kalikah agaknya kita telah melukakan hati orang lain?

Monday, June 1, 2009

kisah seorang arkitek : dipanggang bahang 49 darjah selsius


apa akan terjadi apabila kamu dijemur di bawah terik matahari selama 60 minit?

pandangan dari puncak bumbung bangunan setinggi 60m
........................................
jam menunjukkan tepat pukul 11 pagi. suasana di ofis seperti biasa - bergerak pantas. hampir semua pekerja kelihatan bergegas menunaikan tugas masing masing. kedengaran di kejauhan, suara herdik pekik senior architect yang bising mengherdik pekerja tapak binaan, menerusi walkie talkie nya. semuanya ingin cepat dan cepat. nampaknya, hady juga tidak terkecuali. dia harus memberi maklum balas dan membuat MEP coordination bersama encik A dari jabatan engineering seberapa segera yang mungkin. cuba sedaya upaya, untuk menyiapkan kerja kerja sebelum tengahari tiba.

............................

"hady, come with me! lets go to the site".

Lagaknya seperti hantu yang muncul secara tiba tiba, Mr. B memberikan arahan. mahu atau tidak, hady hanya mampu menurut. tugasnya sebelum ini, lebih banyak tertumpu kepada kerja kerja design dan kebanyakan dari masanya dihabiskan di dalam ofis yang sejuk dek penyaman udara. namun mimpi mimpi indah itu terhenti, sejak dua minggu yang lalu. bila namanya tersenarai di dalam kumpulan architecture - management team, atau dengan kata mudahnya, dia tersenarai untuk membuat coordination di site.

............................

helmet dicapai. kamera diambil. jaket keselamatan disarung. hady menelan liur. cuaca sekarang mencecah 49 darjah selsius. dan waktu sekarang hampir dua belas tengahari. dan, lebih mengharukan apabila Mr. B menjelaskan, kita akan ke puncak bumbung. iya, di ketinggian +60 meter dari aras tanah. di tengah tengah hari. dan ingin dimaklumkan, bumbung tersebut diperbuat dari aluminium. cuba bayangkan betapa panasnya. selama satu jam di atas puncak bumbung, tanpa sebarang teduhan. iya, sila lupakan cadangan untuk bawa payung berwarna pink. hady tidak sukakan warna pink. tidak macho, katanya.

...........................

orang kata, sekeping gambar boleh menjelaskan seribu ayat. apa kata kalau kita lihat saja, gambar nya sebelum dan selepas ke site. dan lihatlah sendiri, keperitan seorang arkitek...

...........................

encik hady ketika bahagia dengan kerja kerja design tanpa perlu turun padang ke site
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


gambar terkini encik hady

.................................

hebatkan penangan summer di dubai?