Sunday, October 18, 2009

pengembaraan pulang Dubai-KL-Kuala Berang

.
"i want to know what love is,
i want you to show me..."
.
.
" you want to have fish or chicken, sir?"
pertanyaan dari pramugari Singapore Airlines memecah keheningan malam
hady yang sedang terbayangkan kemeriahan berhari raya di kampung
sedikit terganggu, dan cepat cepat menjawab


"chicken please.."
.
penerbangan kali ini agak kurang selesa
mungkin kerana ini adalah kali pertama dia terbang pulang menaiki Singapore Airlines
kebiasaannya Etihad Airlines, tetapi kerana harga tiket yang melambung tinggi sempena hari raya, dia terpaksa akur
atau mungkin juga kerana skrin movie yang agak kecil - dan pilihan filem yang sangat membosankan
(ok, sebab sebenar ialah pramugari2 singapore airlines ramai yang tak lawa! haha)
hady akhirnya sekadar melelapkan mata
di fikirannya hanya satu, mahu lekas lekas menamatkan perjalanan pulang 8 jam ini
hanya transit seketika di kl, sebelum menyambung penerbangan domestik ke kuala terengganu
"ah, seronok nya sempat berbuka di kampung nanti...."
dan tidak terlintas langsung di fikirannya, apa yang bakal diharungi
.
ini lah kisah perjalanan pulang yang sepatutnya sangat mudah
tetapi bertukar menjadi begitu payah!
.
................
.
jam menunjukkan 7 pagi
udara singapura terasa segar
dapat mendengar pengumuman di dalam bahasa melayu di airport
cukup menceriakan rakan seperjalanan
hanya dua jam transit di changi airport, hady kembali meneruskan perjalanan ke kuala lumpur
iya, semuanya berjalan lancar
atau sekurang kurangnya 'nampak lancar'
.
tepat jam 9.30 pagi, dia dan rakan sampai ke klia dengan selamat
teruja!
tiba masa untuk melalui automatic gate immigration
passport dimasukkan ke dalam auto-machine
"ah, gagal.."
cuba, dan cuba lagi untuk 5 atau 6 kali
"ah! masih gagal!"
pegawai yang menjaga kaunter memberi isyarat untuk datang menemuinya
semua rakan sudah melepasi imigresen, dan hady masih tercegat menunggu
pegawai mula memeriksa passport
dan kemudiannya merujuk kepada ketuanya
ketua pegawai imigresen memeriksa di skrin komputernya selama beberapa minit
sebelum memberi isyarat dan bertanya
"awak tahu kan apa yang tak kena?"
dan hady sekadar mengangguk
dan bermula lah siri 'amazing race' sebelum raya
.
"Awak kena jelaskan BAYARAN PTPTN, nama awak sudah di BLACKLIST dan awak TAK BOLEH TERBANG KELUAR DARI MALAYSIA sebelum MEMBUAT FULL SETTLEMENT!"
.
dan hady hanya tersipu malu...
.
................
.
flashback : dua minggu sebelum pulang ke malaysia
.
muka hady pucat
dia baru sahaja membuat checking di imigresen online dan ternyata namanya telah disenaraihitamkan - tidak akan dapat keluar dari malaysia jika tidak melangsaikan hutang PTPTN secara penuh
setelah beberapa panggilan telefon dibuat ke Malaysia
dia mendapat tahu yang jumlah keseluruhan ialah RM19, 600
dan harus di bayar lump sum!
.
misi : menjelaskan bayaran PTPTN dalam masa 4 jam transit di KL
.
detour : KLIA - Tabung Haji (untuk keluarkan duit cash 20k) - KL Sentral (bayar di kaunter PTPTN) - LCCT (terbang balik ke terengganu pada jam 1.30ptg) - sampai ke terengganu boleh berbuka di rumah
.
dan siapa tahu, misi yang sebegitu mudah telah bertukar menjadi disaster!
.
.

................

.

to be continued

Monday, October 12, 2009

prolog : pengembaraan pulang dubai-kl-kuala berang

prolog
............
dan hady terduduk lesu
perjalanan yang memakan masa 8 jam tadi
kini terhenti tertunda dari disambung lagi
dan kaunter air asia di kl sentral menjadi saksi
hady bakal ditinggal kapal terbang sekali lagi
............
p/s : ah, lagi dua tiga hari kita baca kisah penuh ya.. kasi panaskan badan dulu, haha..