Tuesday, December 21, 2010

lets blogging!

salam
.
.
just got back from the office. its christmas week. most of my bosses are not around. well most of them are christian and will celebrate christmas of course.
with 2 or 3 weeks without bosses, its heaven!
.
i have the chance to go back early probably everyday till new year!
and thats very very rare in architectural firm
.
since that i got extra time
i browse through my blog and suddenly
i realized that its been ages since my last entry!!!
and its like only 7 blog entry for the past one year????
.
baiklah tuan tuan dan puan puan
saya ingin buat pengumuman untuk kembali aktif menulis blog
lets blogging!!!!
(well, at least aktif sampai ke tahun baru ni)
.
.
lets bet! agak agak bertahan lama tak azam untuk aktif ni?
hahaha, jangan marah ye..

Saturday, October 30, 2010

a new life : middle east vs south east asia

salam
.
.
antara middle east dan southeast asia
antara united arab emirates dan vietnam
antara dubai dan ho chi minh
.
.
hidup hady berubah lagi
akhirnya kisah dia di dubai tamat juga
contract selama dua tahun akhirnya sampai ke penghujung
projek mega bernilai bilion dirham akhirnya selesai
dan tibalah masa yang amat ditunggu untuk pulang ke kuala berang
siapa tahu, mungkin akan ada sequal kisah kisah dubai
mungkin setahun atau dua tahun dari sekarang
buat masa sekarang - dubai bukan pilihan hady
dan kepada semua teman teman dubai
kita jumpa lagi di masa depan
selamat tinggal dubai winter
.
.
dua bulan
iya, dua bulan hady bercuti secara total dari dunia senibina
pulang ke kuala berang
qadha segala tido yang kurang
ganti segala rehat yang terlepas
dan sambung angan angan untuk kerja di bidang perhotelan
dan iya, resume juga dihantar ke hotel hotel 5 bintang
tapi
hampeh tak dilayan!
.
.
dan selepas dua bulan bertapa
hady memulakan tugas baru sebagai project architect di kuala lumpur
international architectural consultant
menariknya, firma ini dimiliki oleh seorang Belgian Architect
dan merupakan sebuah award winning firm yang terkemuka di dunia perhotelan
ironi bukan?
firma ini tiada projek di malaysia tetapi mempunyai projek di hampir seluruh dunia
sepanjang dua bulan pertama
hady terlibat dalam project resort dan villa lima bintang
di shanghai, maldives dan portugal
dan kemuncaknya
setelah mendapat kepercayaan director dan principal
hady diberikan tugas menjadi project architect kepada exclusive resort di Vietnam
dan client yang bukan calang calang dalam industi perhotelan
AMAN RESORT
one of the most exclusive hotel operator in the world
we are talking about 5 or 6 star resort
in maldives or bora bora island or exotic island in phuket
dan iya
mulai sekarang, hady akan terbang randomly
kuala lumpur - ho chi minh
.
.
selamat tinggal dubai
hello vietnam!
.
.
selamat tinggal Meydan Grandstand, Dubai
enjoy the photos of hady's previous project




















.
.
dan selamat datang dunia perhotelan
enjoy the project photos of the current firm hady bekerja
.
.











doa kan yang terbaik!
pasti akan rindu pada winter dubai!
will be there..... sometime somewhere in the future..










Thursday, October 7, 2010

a new life

salam

.

a whole new life

.

the full story will out this weekend

:p

.

.

tunggu ok..

.

Monday, July 19, 2010

2009 - Top 5 in Hady Rashid's Life

salam. welcome 2010.

ini ialah siaran tertunda. cepat nya masa berlalu, entry post ni dibuat pada bulan 12 tahun 2009. khas sebagai penutup tahun 2009. konklusi kepada semua peristiwa yang berlaku dari januari hingga december 2009.

apa boleh buat. tuntutan kerja yang mencuri masa. entry post ini ditangguh dari januari, dan dalam sedar tak sedar sudah hampir ke bulan august. wow! 8 bulan penundaan. macam macam dah berlaku dalam masa 8 bulan ni. tapi kalau nak tau cerita dalam masa 8 bulan ni, kena tunggu edisi istimewa 2010, akhir tahun ni.
apapun, terima lah...
.
.
the ups and downs of the year of 2009 - Top 5 in Hady Rashid's Life
.
.
Top 5 2009 Best Malay Films

ah rasanya tahun ni adalah tahun paling kurang menonton filem melayu. apa boleh buat, payah nya nak cari supply dvd cetak rompak melayu. pesan dekat rakan yang balik malaysia, semuanya terlupa, tertinggal dan bermacam 'ter' lagi. tapi, orang kata usaha tangga kejayaan kan? so dengan gigih dah kental, telah cuba menonton dari laman youtube. dan inilah hasilnya lima filem melayu terbaik bagi tahun 2009..

5. histeria [no review]
ok. tiada review. cuma trailer dalam youtube agak mengujakan. darah. darah. dan darah. dan katanya buat pertama kali, hantunya makan orang, well kena bagi kredit sikitlah, biasanya hantu melayu cuma kacau kacau aja. mana ada jenis makan makan ni. so, histeria.. anda layak di tempat ke 5!
4. setem [no review]
ok, pun tiada review. cuma filem ni diarahkan oleh khabir bahtiar. siapa tak kenal khabir yang terkenal dengan filem 'cinta' dan 'sepi'. cuma ini pertama kali dia mengarahkan filem aksi. tak pasti apa hasilnya. dengar dengar agak hebat juga. nanti balik malaysia mahu cari lah dekat pasar malam!
3. sell out [no review]
terbaik. ok, terbaik kategori filem malaysia berbahasa inggeris. belum berpeluang untuk menonton keseluruhan filem, tapi trailer nya sudah cukup hebat untuk meletakkan filem ni di tangga ketiga. patutlah filem ni sudah menang pelbagai anugerah di luar negara. dialog penuh dengan sindiran. sangat sangat sangat lucu, intellectually scripted. dan anda layak berada di tempat ketiga, bravo!

2. pisau cukur [no review]
kisah dua orang gadis muda pisau cukur mencari cinta di atas kapal cruise. sangat kelakar. gedik tapi bijak. dan kedua dua pelakon utama, maya karin dan fazura adalah pujaan saya. so, say no more. maya karin, kamu layak berada di tempat kedua. oh my Gucci.
1. Nur Kasih
dan pemenang kategori filem terbaik bagi tahun 2009 ialah NURKASIH! walaupun nurkasih bukan garapan filem, tetapi ketelitian jalan cerita, pengarahan, cinematography dan lain lain, menyamai taraf sebuah filem. kisah dua beradik berlainan sifat, angel dan demon - sangat menarik perhatian. merupakan telenovela keluaran malaysia yang paling banyak penonton sepanjang zaman (setakat ini tiada pencabar). watak adam sebagai seorang arkitek sangat real dan berpijak di bumi. Khabir bahtiar, tahniah kerana menghasilkan storyline yang begitu hebat. anda layak berada di tempat pertama!




.
.

Top 5 2009 Best English Films

contradic to malay film, tahun ini merupakan tahun paling banyak menonton filem inggeris. bosan nya hidup di dubai memaksa setiap malam minggu dihabiskan dengan menonton filem, tidak kiralah apa genre yang ada, tidak kiralah terpaksa menghabiskan dirham 30 atau dirham 85 untuk membeli dvd original. iye, tinggal di dubai memang poket cepat koyak rabak. apa pun, 5 filem terpilih ke top 5 list.
5. Harry Potter and half blood prince

sekiranya anda adalah pembaca novel novel harry potter, anda pasti tertunggu tunggu filem ini. siri ke-enam ini merupakan siri penting di mana watak penting professor dumbledor akhirnya mati dibunuh oleh kuasa jahat. walau sedikit hampa dengan pengisian dalam filem yang kurang 'kick' berbanding novelnya, filem ini masih berada antara 5 filem terbaik untuk tahun 2009. babak terbaik adalah ketika dumbledoor kesakitan dipaksa minum potion beracun di tengah kolam. lima bintang!

4. Transformers 2
antara filem yang paling dinantikan sepanjang tahun 2009. sedikit kecewa dengan jalan ceritanya yang agak complicated, dan terlalu banyak computer effect, lakonan yang nampak tidak natural dari megan fox, dan terlalu banyak letupan. kelihatan seperti filem ini terlalu 'mencuba' untuk jadi lebih baik dari filem pertama. agak kelam kabut. harap the third installment akan lebih baik. way to go mr witwikey!

3. Avatar
simply the best. filem ini walau pada mulanya, langsung tidak mendapat publisiti besar besaran telah menjadi filem paling berjaya sepanjang zaman mengatasi filem blockbuster Titanic. boleh dikatakan filem animasi paling sempurna, penggunaan special effect yang seimbang dengan jalan cerita yang menarik. jauh berbeza dari filem final fantasy yang ditayangkan 10tahun yang lepas. sehingga kini, masih lagi ditayangkan walau sudah hampir 4bulan tayangan. khabarnya James Cameron akan membikin dua lagi sequal. kita nantikan kehebatannya, adakah akan menandingi trilogi lord of the ring.

2. The Curious Case of Benjamin Button
menerima 13 pencalonan untuk anugerah oscar, membuktikan kehebatan plot dan storyline filem ini. boleh dikategorikan sebagai antara filem terbaik sepanjang zaman, dan harus ditonton oleh semua. kisah cinta agung antara benjamin dan daisy pasti akan meruntun jiwa anda. tiga jam yang dihabiskan bagi menonton filem ini sangat berbaloi dan akan membuka dimensi baru in the way you look at life. ok, bunyi macam ada sedikit poyo, tapi, percayalah, anda tidak akan menyesal menonton filem ini. tempat kedua memang milik anda, benjamin!

1. The time traveller's wife
hanya ada satu filem yang layak mengalahkan benjamin button dan filem itu tidak lain dan tidak bukan ialah filem 'The Time Traveller's Wife'. dikategorikan sebagai criss-cross antara science fiction dan romance genre, filem ini mengisahkan seorang lelaki yang menghidap genetic disorder mengakibatkan dia tidak dapat mengawal diri dan kembali ke masa depan dan masa silam unpredictably. kisah cinta antara watak lakonan eric bana dan rachel mc adam ini akan meruntun emosi anda dengan endingnya yang menyedihkan. a must see movie. diarahkan oleh pengarah yang sama 'the notebook', filem ini akan melekat di dalam fikiran anda sekurang kurangnya buat beberapa tahun.



.

.

Top 5 2009 Best Travelling Trip

5. Umm al Quem, UAE

4. Kuala Berang, Malaysia


3. Athens, Greece



2. Phuket, Thailand


1. Istanbul, Turkey


.
.
Top 5 2009 Best Events

5. 29th birthday bash

walau pun menerima pelbagai ugutan untuk disimbah asid, eh, bukan asid, simbah air, tapi akhirnya survive juga. so, petua untuk tidak disimbah air pada harijadi ialah.... announce awal awal siapa simbah air, tak dapat join birthday celebration. ahah, berjaya!

4. TAK's Birthday bash
dah nama nya bos, mestilah birthday bash di sambut di tempat yang ada kelas. untuk tahun 2009, birthday bigboss di sambut di The Atlantis, Palm Jumeirah, Dubai. dinnet buffet worth aed 200 per person. siap ada game lagi, dan seperti biasa lah, my team menang first place (walau kontroversi siap gaduh gaduh lagi). rumours kata the winner bakal memenangi duit aed 5000. gaduh punya gaduh, menang dan dapat hadiah. apa!!!! hadiah t shirt saja??? cehhhsss..


3. raya raya raya
hmmm.. kalau pasal raya ni, tak payah elaborate, confirm memang seronok punya. tak terkata. oh, walau perjalanan pulang, cabaran nya melampau lampau.
[refer to older post]

2. burj dubai launching
tepat jam 6 petang dah sedia dalam teksi menuju ke burj dubai. jalan jammed, takpe.. redah jugak. ini saat yang dah ditunggu tunggu bertahun tahun. pelancaran pembukaan struktur tertinggi di dunia. inilah Burj Dubai. sesaknya manusia tuhan saja yang tahu. khabarnya, pelancaran ini disiarkan live ke seluruh dunia. walau sound system nya agak teruk, lautan manusia agak di luar kawalan, dan terpaksa menunggu agak lama, sebaik sahaja menyaksikan persembahan bunga api, semua ternganga! the best fire crackers performance ever (well at least for the year of 2009). dan bunga api ini dapat dilihat dengan jelas sejauh dari Nad al Sheba, berbelas berpuluh kilometer jauhnya! terbaek!
1. 2010 new year celebration
plan asal ialah nak pergi tengok persembahan bunga api berdua di Palm Jumeirah. Lepas tu member nak ikut, jadi 5 orang. lepas tu, ada lagi request nak ikut, at last genap dua belas orang. sehari sebelum event, sorang demi sorang tarik diri. at last, tinggal dua orang yang asal sahaja. 2,3 jam sebelum event, ramai yang nak join balik!! mau nya tak hangin' satu badan? apa apa pun, at last semua sampai dan happy dengan persembahan bunga api sempena datang nya tahun 2010. memang one of a kind!! dan 2010 celebration ini layak untuk menduduki tempat pertama! congrats!!


.
.
Top 5 2009 Most inspiring moment

5. "lost and found - what a small world"
orang kata, kadang kadang even a small thing can make a big difference. thanx to mr facebook, ramai rakan rakan yang terpisah jauh dek masa, dapat dikumpulkan kembali. paling mengejutkan, terjumpa bestfriend masa tingkatan 1 di ruang maya facebook. setelah 15 tahun terputus hubungan. wow! Facebook is magic!

4. "a small chance for a brighter future"
2 years contract di dubai akan sampai ke penghujung nya juga. in a middle of nowhere, mendapat satu peluang kecil for a brighter future. ahah, hopefully semuanya berjalan lancar. wait and see. hehehe..

3. "little moment that brighten up ur day"
ahah, kebosanan di dubai, kadang kadang little moment pun boleh jadi antara best event jugak. especially bila berkumpul ramai ramai, dan buat aktiviti sama sama. dan itulah puncanya ketagihan steamboat yang melampau nih. balik mesia, entah kat mana nak cari steamboat pun tak tau.. huhu..

2. "29 yet looks like a teenager?"
lokasi : kl sentral. aktiviti : shopping. tiba tiba ada seorang promoter perempuan datang menegur. abang ni dari mana? abang ni smart lah. nak nombor telefon boleh? rambut abang ni nampak macam artis lah. itu. ini. giliran hady bertanya "kamu ni umur berapa?". "18 tahun bang". "oh, iye ke? saya 12 tahun tua dari awak!"
di pikat oleh gadis berusia 18 tahun, what else can i say? hahaha..

1. "design + built, i love my job"
top of the list, best event of all ialah bila apa yang kamu design, dibina depan mata kamu. oh i luv my job!!


.

.

Top 5 2009 Best Malay Song
duduk di dubai, memang makin lama makin kurang dengar lagu lagu melayu. memanglah sekarang sudah ada radio internet, tapi kesuntukan masa - agak sukar untuk luangkan dan dengar lagu. jadi, hanya beberapa lagu melayu yang betul betul bagus aja yang jadi favourite. itu pun dengar melalui youtube.

5. 'ku katakan dengan indah' cover version - Yuna
setahun yang lepas, mungkin tiada orang mengenali Yuna. tapi hari ni dia dah jadi household artist. dengar lah lagu peter pan [ku katakan dengan indah], di bawa dengan bagus sekali oleh Yuna. simple tapi menarik!

4. 'Nur Kasih' - Yassin
bila sudah gila dengan siri Nur Kasih, apa sahaja yang berkaitan dengan siri ini menjadi kegilaan. dan termasuklah lagu tema yang dinyanyikan dengan baik oleh bekas penyanyi nasyid, Yassin. setiap kali mendengar lagu ni, akan terbayangkan kisah Adam dan Nur yang tragis, :)

3. 'kisah tak sempurna' - samson
'maafkan aku yang tak sempurna untuk dirimu
usailah sudah kisah yang tak sempurna untuk kita... kenang'
lagu yang mendayu. lirik yang mendayu. sudah tentu lagu ini layak untuk menduduki carta top5 di tempat ke 3! mesti ramai gadis gadis menangis nangis dengar lagu ni kan? kan?

2. 'tunjuk satu bintang' - sheila on seven
ok, frankly, rasanya lagu ni lagu lama dah ni, tapi macam baru discovered kewujudan nya tahun 2009 nih. so, kita masukkan je lah dalam carta sekali ya. lirik dia memang best. cuba pi dengar kat youtube sekarang, mesti repeat banyak banyak kali.

1. 'Dan sebenarnya' - Yuna
'oh bulan, enggan melayan diriku lagi
pabila air mata membasahi pipi
dan lagu lagu di radio seolah olah memerli aku
pabila kau bersama yang lain..'
lirik yang sempoi. penampilan bertudung yang selamba. keupayaan mencipta lagu sendiri. dan suara yang betul betul power. mengingatkan kepada norah jones. Yuna layak untuk berada di tangga pertama carta tahun 2009. Bravo!

.
.
Top 5 2009 Best English Song

5. nobody - wonder girls
haaa.. mesti korang semua pernah dengar lagu ni kan? rasanya first time ada lagu korea se famous lagu ni. video clip dia pun lawak. dia punya chorus tu macam dah lekat pulak kat dalam kepala ni... hehe..
4. the blowers daughter - damien rice
one of the best song of all time! sebenarnya ini lagu lama. lagu tema kepada filem CLOSER. lakonan julia robert dan jude law. pernah jadi lagu tema kat blog ni. tak pernah dengar jugak? sila cari di youtube. lagu yang sungguh menyayat hati..
3. i want to know what love is - mariah carey
cover version kepada lagu lama jugak nih. tapi dibawakan dengan cukup baik oleh mariah carey. sejuk je telinga bila dengar.
2. bad romance - lady gaga
masa mula mula tulis entry post ni, memang ramai yang belum dengar lagu ni. tak ramai peminat pun. tapi sekali dengar, memang lagu dan video clip ni catchy habes. dan terbukti, dua tiga hari lepas, video klip lagu ni diumumkan di tempat kedua paling banyak di view di dalam youtube [kedua selepas justin bieber]. nak tau berapa view? 400juta kali!
1. Meet me halfway - Black Eye Peas
dengan lirik yang menarik hati, lagu ini telah mengalahkan lady gaga. meet me halfway malaysia!

.
.
Top 5 2009 Most Crazy-Moment-happened-before-30
hah, inilah column yang ditunggu tunggu. top 5 perkara paling gila berlaku sepanjang 30 tahun hidup. tak tau lah dengan other people, tapi rasa nya, lagi banyak kita berjalan, lagi banyak pengalaman pengalaman pelik berlaku.
5. "amazing raya race"
apa akan terjadi bila ada waktu yang terhad, tapi ada bermacam macam urusan kena settle kan. ya, semua nya akan jadi hair wire dan kelam kabut. planning dah tip top. tapi akhirnya, semuanya terbengkalai. terbang balik dari dubai. kena tahan imigresen disebabkan PTPTN. berkejar kejar ke bank untuk withdraw duit. bank pulak tutup separuh hari sebab dah nak raya. tak dapat keluarkan duit. berkejar pulak kejar flight, dah terlambat, flight pulak dah terlepas. nak beli flight baru semua dah fully booked. terpaksa tunggu di KLIA berjam jam. dan akhirnya - sampai ke kampung. PRICELESS!

4. "been escorted by Phuket Steward and Stewardess"
pegi phuket. mahu hepi hepi. salah seorang sudah jatuh dalam toilet dan kepala lutut sudah bergerak. trip percutian sudah jadi misi menyelamat. kena bawak ke hospital besar phuket. perlu untuk bedah. tapi tahan untuk further di kl. di airport sudah jadi famous macam lady gaga dalam video clip. dengan double kerusi roda. layanan first class dari pramugara dan pramugari. macam bawak bom atom, semua bagi jarak untuk 'orang kurang upaya'. malu nya tuhan saja yang tau.

3. "stuck in Athen Airport Securities"
berkejar kejaran di airport athen. maklumlah selalu terlambat. rakan berlima semuanya dengan gaya rambut yang canggih canggih - termasuklah seorang dengan gaya afro. sampai di imigresen, kesemua berlima di tahan polis airport. di bawa masuk ke bilik khas. di soal siasat. muka masing masing macam crook. dan nama di passport pun ada 'ben rashid'. agaknya, kami disangka sebahagian dari anggota al Qaeda. tolong!!

2. "hairstyle craze"
sementara masih bujang ni, macam berminat untuk buat pelbagai jenis fashion rambut. ahah, ini kena keluar kan satu entry post khas untuk fashion rambut aka hair style. ada berani cuba?



1. "introducing mr braces! aka gigi BESI"
dan kemuncak kepada semua perkara gila ini ialah..... BRACES! bayangkan untuk pakai braces saja, 4 batang gigi yang sihat terpaksa di cabut. satu minggu pertama langsung tak boleh menggigit atau makan, cuma telan. maggi menjadi lauk utama selama at least 2 minggu. selera makan hilang for at least 1 atau 2 bulan. dan paling ketara ialah berat sudah turun dalam 4 - 5 kilo!! tapi semuanya berbaloi! nantikan premiere susunan gigi yang baru, setelah 8 bulan pemakaian Braces. one word : AMAZING!


Sunday, July 11, 2010

heartless rome - the postcard a.k.a the poser

'this is rome'
.
'house of gladiator'
.'house of gladiator 2'
.
'zara for men - winter collection'
.
'green and black'
.
'lets learn history'
.
'castle and pillar'
.
'please dont cut my hair'
.
'power and strength'
.
'amazed'
.
'this is not a goodbye'
.
so kekawan, which photo is your favourite?
tell me and i will upload more and more and more photos!
itupun kalau korang tak kisah tengok photo photo yang poyo!
.
please double click on the image to see it in bigger size
.
waiting for your pick!!