Saturday, March 5, 2011

kisah 5 hari di vietnam yang hectic

salam
.
.
beberapa minggu yang lepas merupakan antara hari hari yang cukup sibuk
seperti yang pernah dikhabarkan
sejan 4 bulan yang lepas saya dipertanggungjawabkan menjaga projek resort di Vinh Hy Vietnam
dan sepanjang tarikh itu, beberapa kali saya telah ke Vietnam dan Singapore
bagi tujuan coordination meeting dan melawat site
.
.
25 February 2011 merupakan tarikh yang penting
tarikh tersebut adalah untuk 'mock-up presentation'
khas untuk investor, clients, resort operator dan semua orang penting dalam projek ini berkumpul
dan memberi review terhadap salah satu daripada modul resort
.
.
dan buat pertama kalinya, saya terpaksa mengiringi bigboss ke sana untuk presentation ini
oh tidakkkkk!!
dan kalau kamu di luar sana nak tahu
big name architect punya perangai
sangattttttttt di luar dugaan
travelling with my bigboss ni sangatlah mencabar kesabaran
.
.
dan dipersembahkan, coret coret sepanjang perjalanan
kisah 5 hari di vietnam bersama bigboss!
.
.
perjalanan seramai 3 orang, saya, bigboss dan seorang Interior Designer
.
dari ofis ke KLIA menaiki mercedes kepunyaan boss
.
di KLIA terpaksa membawa semua beg sebagai hand-luggage sebab bos tak suka menunggu untuk luggage claim (usung masuk 3 beg ke dalam plane)
.
di atas plane ke Ho Chi Minh, bos yang di kabin business datang menjenguk di kabin ekonomi untuk minta drawing untuk design review (for god sake? atas kapal terbang ni???)
.
di marah dan di maki oleh bos berkaitan design di atas kapal terbang di business class selama 15 minit! this is epic!!
.
selepas turun dari plane, mood bos sudah bertukar seratus peratus, tanya how was the flight, dah makan atau belum dan sebagainya (memang mood swing)
.
check in ke hotel lima bintang Park Hyatt betul betul di tengah Ho Chi Minh
.
semasa makan malam boss tak habis habis bercerita mengenai 'red wine' dan berkali kali offer untuk minum sekali (hehehe, giler nak minum wine? kang masuk neraka karang!)
.
semasa makan juga bos bercerita mengenai kisah hidupnya, dan rupa rupanya dia dalah anak kepada bekas menteri di Belgium
.
bos berkawan baik dengan VVIP VVIP di malaysia termasuk tun daim, anak anak dr mahathir, pak lah, khairy jamaludin dan beberapa kerabat diraja
.
bila kami order seafood untuk makan, dan waiter ada serve pork, bos naik angin dan terus menengking waiter kerana tidak hormat orang yang tidak makan pork
.
keletihan. terpaksa bangun seawal 4.30 pagi keesokan hari untuk menaiki penerbangan ke Nha Trang sebelum dipandu selama 3 jam ke site! penat wooo..
.
.
bakal bersambung...

3 comments:

samudera said...

nak wat cam mane.. kate nak jadi future top architect.. kene la jadik ghajen.

azahaldir said...

kesian dia...
patutla senyap ja..
teruskan usaha..
hahaha
-anon xda blog-

Anonymous said...

bos ko kenal KJ??? minatk bos ko kenalkan aku dgn KJ< plz...