Saturday, April 16, 2011

Kenapa perlu memilih arkitek sebagai teman hidup?

salam


.


ahaaa... baru baru ni sudah terbaca di Facebook satu posting berkenaan arkitek


tentu ramai di luar sana tu tak berapa mengenali arkitek kan?


so, apa kata korang baca artikel di bawah ni


mana lah tau, hati tu terbuka nanti


nak berbesan ngan arkitek


.


ahahahaha


enjoy ok!

.

.

Kenapa perlu memilih arkitek sebagai teman hidup?




1. Arkitek sangat sabar orangnya

.

Bukti: Tak caye?? Dah la pengajian diorang 6 tahun.. Fuuu, memang diorang banyak sangat bersabar. Kalau tak sabar memang tak abes tau pengajian diorang. Dah la selalu kena marah, kena sound, kena 'tembak' ngan client kalau design diorang x best.. Kelebihan: Jadi anda jangan takut untuk marah2kan pasangan anda sekiranya mereka wat salah. InsyaAllah mereka akan sabar menempuh dugaan tersebut. Tapi jangan over sangat, marah-marah sayang tu ok la..

.

2. Arkitek tak kisah berjaga malam.

.

Bukti: Tak dapat dinafikan lagi arkitek terpaksa bekerja hingga lewat malam untuk siapkan tugasan dan assignment diorang. Kelebihan: Nanti kalau baby anda lambat tido atau nak tukar lampin lewat2 malam, jangan rasa bersalah untuk suruh pasangan anda je uruskan! InsyaAllah mereka akan menganggap itu adalah perkara biasa.

.

3. Arkitek adalah lebih romantik berbanding profesen lain.

.

Bukti: Semua benda diorang wat adalah ngan sepenuh hati. Kalau tak, kerja diorang tak 'touching', nanti client reject. Kelebihan: Alamilah gaya hidup bekeluarga macam dalam citer Korea yang anda suka tengok tu! (Opsss!!). Dan selalu-selalulah merajuk, sebab nanti beliau akan pujuk anda dengan sangat romantik! Tapi jangan selalu, nanti beliau tak kuasa nak layan.

.

4. Jimat kos buat rumah.

.

Bukti: Dah terbukti mereka bleh design rumah macam2 pesen.. Kelebihan: Anda bleh suruh ape saja ikut suka hati anda nak rumah cane, dan tanpa bayaran sehingga akhir hayat. Kalau pasangan anda minta gak, sah lah beliau tengah tade projek (pokai).

.

5. Rumah bersepah tak ape.

.

Bukti: Studio dan bilik diorang lagi bersepah! (Bukti berupa gambar tidak dibenarkan disiar demi menjaga imej arkitek) Kelebihan: Jadi anda takyah la bimbang kalau rumah selalu bersepah. InsyaAllah pasangan anda boleh je tahan. Tapi anda jangan selalu wat perangai lagu ni. Kang beliau cari lain!

.

6. Kretip.

.

Bukti: Hasil kerja dan design arkitek memerlukan kretiviti yang tinggi untuk disukai oleh client. Kelebihan: Kekretifan itu secara tak langsung akan mempengaruhi rumahtangga arkitek. Jangan risau, setiap ulangtahun perkahwinan anda akan diraikannya dengan cara yang anda mungkin tak menduga. Kalah citer Korea! (Itu pun kalau beliau tak lupa la).

.

7. Sensitip.

.

Bukti: Mereka perlu sensitif untuk menghasilkan design yang kemas dan teliti. Mereka jugak perlu sensitif dengan persekitaran untuk hasilkan design yang baik. Kelebihan: Kalau anda ade masalah, moody, emo tetiba atau tak seperti biasa, insyaAllah pasangan anda akan perasan. Cuma beliau nak tanya atau biarkan je anda layan feeling, itu saye tak tau la.

.

8. Secure!

.

Bukti: Dalam mendesign sesuatu bangunan, arkitek kena pastikan safety first! Kalau x safety bangunan/rumah tak dapat CF (Certificate of ... ape ntah). Kira sijil layak menduduki la. Kelebihan: Tak perlu lagi risaukan keselamatan anda, anak2 anda, rumah anda dan harta benda anda! Pasangan anda telah pun memastikan semuanya selamat. Andai berlaku sebarang kejadian tak diingini, cari je beliau. InsyaAllah beliau akan cool je menghadapinya. ....

.

Kesimpulan: Justeru itu, apa anda tunggu lagi?? Hahahaha (gelak poyo). Hubungilah mane-mane firma arkitek untuk berkenalan dengan mereka. Haha. Tapi jangan kaco laki orang sudey..

.

Atau, taipkan ON ARCHI dan hantarkan ke ......... (oh nombor belum register lagi)

.

[p/s: artikel ni tade kaitan ngan penulis okeh, penulis budak kos lain]


..


ahahahaha.... jangan mare yer...

16 comments:

samudera said...

bagus keje arkitek ni...

moga moga Allah merahmati arkitek seluruh malaysia...

drNO said...

promo arkitek ke dik??

Jemari MonteL said...

yeeekeeeee??? JM penah kapel ngan akitek tp last2 cam ha*****d... opsss....

Anonymous said...

Poyos je di. Huhu. Bdk kos mane yg tulis tu hah? Lscp? QS? Urp?

hady rashid said...

samudera : alhamdulillah... moga Allah rahmati lawyer lawyer jugak.. oh, dan semua pekerjaan juga.. hehe

dr no : promosi jualan pertengahan tahun ni.. hehehe

jemari montel : aaaa... tu mesti arkitek palsu tu, ahahaha..

anon : interior design kut... ahahaha

Jemari MonteL said...

arkitek palsu mende, mmg keje ngan gomen lagik... tp ntah ler... kenal arkitek, engineer... mmg ramai kaki tencing... opsss... terlebey sudaaa... hehehehehe

azman said...

sabar, secure, sensitif, besepah..

aku rasa yg keja pakguard pun ada kualiti camtu...

Syamsulfaiz said...

Masa aku study kat U dulu, bebudak arkitek macam nerd dan pelik je aku tengok...dibandingkan dgn bebudak law..cool habis..wakaka

Hady rashid said...

Jemari montel : kencing? Oh, itu bukan kencing. Itu namanya 'presentation skills', ahahaha..

Alah relax lah, di dunia ni mana ada manusia yang perfect..

Axman : ahaha... Ada ke guard yg sensitif??? Macam x pernah jumpa pun.. Ahaha

sham : hahaha... Budak law cool ke? Budak law semua serius je manjang... Budak archi selamba. Pi klcc pakai selipar jepun je.. Hehe

Nuyu said...

ya. husband aku setuju dengan semua ni wpun aku bekas arkitek.

amniey91 said...

haha...teringin nk jd arkitek..tp family cik Am lagi mnyuruh cik Am keje cikgu...:D

nurul iffah abdul rashid said...

tengah2 survey course architecture terkeluar pulak link blog ni...hahah

«Mira» said...

suka post ni :) hidup arkitek! Huhu

Anonymous said...

suka post ini.. penulis sangat berimaginasi.. <3

Zura Rahman Novelis said...

Hahaha... i gelak dulu sebelum komen ya. Great article u put in here.i came here sebab i nak buat hero novel i seorang arkitek. And i like point no 1- bab penyabar tu.
And thanks again.

nurul farahana said...

Keje arkitek indah khabar dr rupa..bukan setakat zaman belajar je stay up keje pun kena stay sampai pagi.. Yang mana nak ambil kos architecture fikir-fikirkanlah.. Laki maybe ok.. Tapi pompuan sanggup ke balik 4pagi nak kena siapkan tender... Kadang-kadang tidur kat opis.. Weekend pun kat opis..pegi keje pagi ahad balik keje petang isnin..kalo sanggup go ahead.. Kalau bujang mungkin no hal.. Tapi macam mana kalau dah bekeluarga???? From my experience..