Friday, November 15, 2013

Kisah Seorang Arkitek - Cape Town

Salam.

Sedang berada di Cape Town. Sorang-sorang. Sungguh sunyi.

Hampir seminggu tak bercakap dalam bahasa melayu. Sungguh sepi.

Dengar tak?

Bunyi cengkerik.

Friday, January 18, 2013

2013 dan projek bintang

Salam
.
.
Dah lama sangat tak tulis dan buka blog ni. Baru baru ni macam tergerak untuk buka. Walau dah lama tak update, agak terkejut juga bila tengok graf pembaca / reader yang mencecah 13 000 lebih.
.
Wow! You guys are awesome!
.
.
Anyway sebab dah lama sangat tak mengarang, rasanya macam skill mengarang dah tumpul. Ayat ayat pun sudah tak berapa nak romantis. Iye lah, sepanjang tahun 2012 pelbagai peristiwa itu dan ini berlaku. masa pun macam jadi sangat sangat cepat bergerak. Belum sempat menulis, dah masuk tahun 2013.
.
.
Biasalah, bila masuk tahun baru, akan ada azam baru. Okey, mesti ada je somebody yang akan cakap:
.
"kenapa asal tahun baru je nak ada azam baru?"
.
"azam tahun lepas tercapai ke?"
.
"Tak yah nak azam sangatlah, buang masa je"
.
.
well, pedulikkan aja sindiran sindiran sinis macam tu. orang yang takde azam ni, takde goal dalam hidup. takde objektif. takde matlamat. so what kalau bukan semua azam kita tercapai, at least kita usaha, ye dak? Mimpi biar sampai ke bintang!
.
.
ok, intro punyalah panjang lebar.. so, ini lah dia azam tahun baru 2013... drumroll!!
.
.
Nombor 5
.
Insyaallah tahun ni nak setelkan urusan pembelian tanah di Sungai Pusu, Gombak (belakang UIAM). Memang sebelum ni dah berbulan bulan eyeing tanah di sekitar bukit antarabangsa / melawati / gombak. tapi yelah, tanah zaman sekarang bukan murah. sekarang booking sudah bayar, tunggu approval dari pihak bank saja. Kalau menjadi kenyataan, Insyaallah dalam 4-5 tahun lagi, nak design-construct banglo di sini. MR H + MiSS D Residence.
.
.
Nombor 4
.
Nak majukan lagi bisnes kecil kecilan RYAN AFIFF WEDDING CRAFT. Haaa.. dalam menghilang dari dunia cyber selama setahun ni, sebenarnya Mr H dan Miss D dah buat JV buat gubahan hantaran menggunakan bunga segar. Cuma RM 49.90 je satu dulang. mana nak cari murah camni nih! erk, ter-promote pulak. Insyaallah untuk tahun ni, nak capai target sebanyak 12 tempahan. Setakat ni dah 2 booking. Haa, korang di luar sana tu kalau ada makcik ke, adik ke, akak ke, atuk ke, nenek ke yang nak bertunang atau kahwin, jangan malu malu ok, paksa tempah ni... sila layari:
.
.
atau ADD atau LIKE facebook page kami:
.
facebook.com/ryan-afiff-wedding-craft
.
.
Nombor 3
.
Disebabkan kerja di ofis sekarang agak relaks dan punya masa terluang, insyaallah tahun ni nak ambik sekurang kurangnya 2 job part time merekabentuk banglo. Iyelah, kalau di izinkan tuhan, bila dah cukup modal dan kepakaran suatu hari nanti, ada juga cita cita nak jadi pemaju perumahan secara kecil kecilan. design-construct-jual banglo. tapi sebelum melangkah jauh tu, kena lah start dengan langkah yang kecil dulu. kalau ada sesiapa yang nak bina banglo, tetapi ada kekangan dari segi design, contact lah saya. disebabkan ini adalah pilot episode, eh, ini adalah cubaan pertama, so saya takkan charge mahal. janji design tu workable + cantik dan yang penting buildable dan jadi part of portfolio.
.
.
Nombor 2
.
Sedang menunggu modal bergolek datang. Sebaik saja modal di dalam tangan, tahun ni saya akan mulakan projek beli-jual kondo di sekitar kuala lumpur. ok, be realistik lah sikit. takdelah jual beli macam kat pasar tu, tapi beli satu kondo, tunggu construction siap dalam 3 tahun, lepas tu jual. doa doakan ye.
.
.
Nombor 1
.
Iye, nombor satu dalam carta ialah........azam untuk jual The Sanderson Villa pada tahun ini (dan inilah dia modal bergolek yang ditunggu tunggu tu). Dua tahun lepas, masa baru balik dari Dubai (dan berangan kaya), saya sudah invest dengan membuat pembelian villa The Sanderson di Bukit Serdang. Dan berita terkini mengatakan construction akan siap pada July 2013 (walau asalnya dijadualkan siap pada December 2013). Please please please doakan agar saya dapat jual Villa ni pada harga lumayan. Investment ini sangat sangat sangat penting untuk saya dapatkan modal untuk projek projek dan azam azam yang lain tu. Insyaallah harap semua nya dipermudahkan..
.
.
.
So, apa azam anda? kongsikan la dengan saya!
.
.
Dan paling penting, jangan berhenti berharap. kalau kita mimpi untuk gapai bintang, kalaupun tak sampai, sekurang kurangnya dapat hayati sinar cahayanya..
.
.
Selamat Tahun Baru 2013 semuaaaa!
.
.
MR H